3 Nov 2016 0 comments

Talam Keledek Oren

Talam Keledek Oren -

Talam Keledek Oren

Bahan-bahan Lapisan Bawah
150gm keledek oren, direbus dan dilecek
200ml air
70gm tepung beras
80gm tepung ubi
200ml santan kotak
120gm gula halus
1/4 sudu teh garam

Bahan Lapisan Atas
60gm tepung beras
60gm tepung ubi
150ml santan pekat
150ml air
1/2 sudu teh garam
Satukan semua bahan dan tapis, masuk ke dalam jug kecil

35 biji acuan lompang - leser sedikit minyak



Penyediaan :
  1. Satukan keledek, air, gula dan garam ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
  2. Masukkan tepung dan santan.  Kisar hingga sebati.  Masukkan ke dalam jug kecil.
  3. Panaskan pengukus.  Tuang 1/2 adunan ke dalam acuan lompang, kukus selama 15 minit.
  4. Setelah masak, tuang lapisan atas hingga penuh.  Kukus semula selama 10-15 minit dengan api sederhana hingga masak.
  5. Sejukkan dahulu sebelum di keluar dari acuan.

Talam Keledek Oren


Talam Keledek Oren shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
2 Nov 2016 0 comments

Bawal Goreng Halia Ala Thai

Bawal Goreng Halia Ala Thai -

Bawal Goreng Halia Ala Thai

Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
Minyak untuk mengoreng

Ikan dicuci bersih, kelar sedikit dan gaul bersama garam dan serbuk lada sulah.
Goreng hingga masak.  Angkat dan letakkan ke dalam pinggan

Bahan-bahan
3 inci halia muda - mayang halus
1 labu bawang besar - mayang halus
5 keping cendawan hitam - rendam dan potong kecil
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil minyak bijan
2 tangkai daun ketumbar, hiris
1/2 batang carrot - potong kecil
Capsicum - optional
Sedikit air
Sedikit garam jika perlu

Penyediaan :
Panaskan minyak, tumis bawang besar, halia hingga naik bau.
Masukkan sos tiram, kicap cair dan sos ikan dan sedikit air.
Biar mendidih sebentar, masukkan minyak bijan, cendawan hitam dan carrot.
Masak sebentar hingga carrot lembut.
Angkat dan curah ke atas ikan.
Tabur dengan hirisan daun ketumbar.

Bawal Goreng Halia Ala Thai


Bawal Goreng Halia Ala Thai shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;