5 Nov 2016 0 comments

Ayam Masak Briyani / Briyani Chicken

Ayam Masak Briyani / Briyani Chicken -

Ayam Masak Briyani / Briyani Chicken
Sumber :  Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan
1 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 camca besar kunyit serbuk*
1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 15 minit)
1 genggam kismis
1/2 cawan susu sejat IDEAL
1 pokok daun ketumbar, kerat kasar
2 camca besar bawang goreng
1 biji tomato belah 6 (kalau kecil guna 2 biji)
5 camca besar sos tomato JALEN
2 camca besar sos cili JALEN
2 camca besar tomato puree
5 camca besar rata rempah briyani (sebarang jenama)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan-bahan Kisar Halus
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
5 biji cili hijau

Cara Membuatnya 
  1. Ayam digoreng 1/2 masak, angkat dan toskan. 
  2. Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan. Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan tomato puree dan masak sekejap. Tambah sos cili, sos tomato dan rempah briyan. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan ayam, daun ketumbar, kismis, bawang goreng dan sedikit air (anggaran 1/4 cawan), kacau dan biar mendidih dengan api perlahan. Tuang susu cair dan perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Masak hingga kuah pekat dan ayam masak sempurna. Akhir sekali masukkan tomato, kacau dan masak sekejap. 
  5. Matikan api, hias dengan hirisan daun sup dan bawang goreng. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa.

Ayam Masak Briyani / Briyani Chicken


Ayam Masak Briyani / Briyani Chicken shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
3 Nov 2016 0 comments

Talam Keledek Oren

Talam Keledek Oren -

Talam Keledek Oren

Bahan-bahan Lapisan Bawah
150gm keledek oren, direbus dan dilecek
200ml air
70gm tepung beras
80gm tepung ubi
200ml santan kotak
120gm gula halus
1/4 sudu teh garam

Bahan Lapisan Atas
60gm tepung beras
60gm tepung ubi
150ml santan pekat
150ml air
1/2 sudu teh garam
Satukan semua bahan dan tapis, masuk ke dalam jug kecil

35 biji acuan lompang - leser sedikit minyak



Penyediaan :
  1. Satukan keledek, air, gula dan garam ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
  2. Masukkan tepung dan santan.  Kisar hingga sebati.  Masukkan ke dalam jug kecil.
  3. Panaskan pengukus.  Tuang 1/2 adunan ke dalam acuan lompang, kukus selama 15 minit.
  4. Setelah masak, tuang lapisan atas hingga penuh.  Kukus semula selama 10-15 minit dengan api sederhana hingga masak.
  5. Sejukkan dahulu sebelum di keluar dari acuan.

Talam Keledek Oren


Talam Keledek Oren shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;