9 Nov 2016 0 comments

Chocolate Strawberry Cheese Cake

Chocolate Strawberry Cheese Cake -

Chocolate Strawberry Cheese Cake

Bahan Kek
250gm chocolate sponge mix
185gm telur (tanpa kulit)
50ml air
75gm mentega cair / minyak sayur
1 sudu teh esen vanila
2 sudu teh chocolate emulco

Satukan semua bahan kek kecuali mentega cair.  Putar dengan kelajuan tinggi selama 5-6 minit hingga kembang.  Masukkan mentega cair dan putar perlahan dan sebati.  Tuang ke dalam loyang 8x8x3 in yang di alas kertas minyak.  Bakar selama 30-35 minit pada suhu 180C.  Sejukkan di atas redai dan potong kepada 2 lapisan setebal 3cm dan bersaiz 6x6in

Adunan Keju
250gm cream cheese - suhu bilik
60gm gula kaster
1 sudu besar lemon jus
140ml yogurt (1 pack kecil)
150ml UHT whipping cream
1 1/2 sudu besar gelatin halal (cap kijang, bunga raya, nona)
50ml air
15 biji strawberry segar - potong dadu

Hiasan :  Chocolate Ganache, serpihan coklat dan Strawberry

Loyang 6" Loose Base Tin

Cara-cara :
  1. Letak sekeping kek di dasar loyang.  Ketepikan.
  2. Putar whipping cream hingga pekat.  Simpan sebentar di dalam peti sejuk.
  3. Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin, biar sehingga gelatin kembang.
  4. Masukkan ke dalam microwave beberapa saat atau secara double boil hingga gelatin cair.  Ketepikan.
  5. Pukul cream cheese dan gula hingga sebati..  Masukan jus lemon dan yogurt, putar hingga bergaul rata.
  6. Masukkan gelatin cair, gaul rata dan akhir sekali masukkan whipping cream, kaup balik hingga sebati.
  7. Masukkan kiub strawberry dan kaup balik perlahan-lahan.  Tuang ke atas lapisan kek, ratakan. Selepas itu letak sekeping kek chocolate di atasnya.
  8. Tuang coklat ganache di atasnya.  Tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  9. Susun hirisan strawberry dan serpihan coklat sebagai hiasan.
  10. Keluarkan dari loyang dan potong menggunakan pisau yang di panaskan dengan api atau air mendidih, lap dan potong.

Coklat Ganache
50ml dairy whipping cream
100gm coklat masakan hitam - cincang halus

Panaskan whipping cream di dalam microwave beberapa saat.   Tuang ke atas coklat, gaul sehingga coklat mencair.  Tuang ke atas lapisan kek.

Chocolate Strawberry Cheese Cake


Chocolate Strawberry Cheese Cake shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
8 Nov 2016 0 comments

Puding Hoen Kwee Pisang

Puding Hoen Kwee Pisang -

Puding Hoen Kwee Pisang

Bahan-bahan
250ml air (kisar dgn 5 helai daun pandan), tapis
200ml santan kotak
100gm gula kastor
2 sudu kecil serbuk agar-agar segera (instant jelly)
40gm tepung Hoen Kwee
1/4 sudu teh pewarna hijau epal
1/8 sudu teh garam halus

Hiasan : Pisang emas - potong dadu atau bulat
Acuan - basahkan dahulu, toskan

Penyediaan :
Satukan semua bahan, tapis ke dalam periuk.
Masak dengan api perlahan hingga meletup-letup.
Tuang 1/2 adunan ke dalam acuan yang disukai dan tabur pisang di atasnya.
Tuang baki adunan hingga menutupi pisang.
Biarkan suam sedikit dan simpan di dalam peti sejuk.

Puding Hoen Kwee Pisang


Puding Hoen Kwee Pisang shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;