12 Nov 2016 0 comments

Sandwich Vietnam / Banh Mi Vietnamese Sandwich

Sandwich Vietnam / Banh Mi Vietnamese Sandwich -

Sandwich Vietnam / Banh Mi Vietnamese Sandwich

Jeruk Carrot dan Daikon (lobak putih)
1 batang Carrot, 1 batang Daikon di hiris halus memanjang.  Masukkan ke dalam mangkuk dan tabur dengan 1 sudu besar gula dan 1 sudu besar garam.
Gaul rata dan biarkan selama 10 minit supaya carrot dan daikon lembut.
Selepas itu cuci dan toskan.

Masukkan semula ke dalam mangkuk, masukkan 1/2 cawan cuka, 4 sudu besar gula dan 1 sudu kecil garam.  Biarkan semalaman.

Bahan-bahan
Roti Perancis (French Baquette)
Beef Salami (goreng dengan sedikit minyak)
Mayonies
Timun - hiris nipis
Tomato - hiris nipis
Daun ketumbar
Cili hijau jeruk - jika suka pedas
Jeruk carrot dan daikon
Kicap perisa Maggie

Cara-cara :
Potong roti mengikut saiz yang sesuai, Kemudian belah melintang di tengahnya, jangan putus.
Sapu kedua belah roti dengan mayonies dan ikut susunannya.
Susun timun, kepingan beef salami, tomato, beef salami, jeruk carrot dan daikon, cili jeruk dan daun ketumbar.
Akhir sekali renjis dengan kicap perisa Maggie jika suka.

Untuk Hidangan anak-anak roti boleh di potong kepada saiz yang lebih kecil.

Sandwich Vietnam / Banh Mi Vietnamese Sandwich, street food yang popular di Vietnam.

Sandwich Vietnam / Banh Mi Vietnamese Sandwich


Sandwich Vietnam / Banh Mi Vietnamese Sandwich shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
11 Nov 2016 0 comments

Talam Kentang Berlauk

Talam Kentang Berlauk -

Talam Kentang Berlauk

Bahan A 
100gm udang kering, rendam dan toskan, tumbuk kasar
1/2 batang saderi - cincang halus
1 tangkai cili merah - hiris halus
Daun bawang dan daun sup - hiris halus
Bawang goreng
sedikit gula dan garam
Sedikit minyak

Goreng udang kering, saderi dan cili merah dengan sedikit minyak.  Perasakan dengan secubit garam dan gula.  Tutup api dan masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.  Gaul rata dan ketepikan.

Lapisan Bawah
400gm ubi kentang, kukus
100ml santan - di masak hingga mendidih, sejukkan
30gm tepung gandum (3 sudu makan)
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu teh serbuk lada putih

acuan lompang di sapu minyak / Loyang di alas plastik tahan haba

Lapisan Atas
300ml santan (150ml air + 150ml santan kotak)
50gm tepung beras
50gm tepung ubi
1/2 sudu teh garam

Satukan, whisk hingga rata dan tapis ke dalam jug kecil

Penyediaan :
  1. Lecek ubi kentang ketika masih panas, masukkan garam, serbuk lada putih dan tepung.  Gaul dengan spatula hingga rata.  Kemudian masukkan santan dan gaul sebati.
  2. Masukkan 1/2 adunan ke dalam acuan lompang, tekan padat dengan sudu kecil (Adunan kental)
  3. Panaskan pengukus dan kukus selama 10 minit.
  4. Kemudian tuang lapisan atas hingga penuh.  Kukus selama 10 minit dengan api sederhana hingga masak.
  5. Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.
  6. Tabur bahan A di atasnya hingga penuh.
Nota :  Tujuan santan di masak terlebih dahulu supaya kuih tidak cepat basi.

Talam Kentang Berlauk


Talam Kentang Berlauk shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;