Chinese 5 Spice Doughnut / Donut 5 Rempah
Bahan A
1 cawan susu cair - (suam)
1 sudu kecil yis segera
2 sudu kecil gula kaster
Satukan ke dalam mangkuk, kacau rata, tutup dengan plastic wrap dan biarkan selama 15 minit hingga yis mengembang dan berbuih.
Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula kaster
2 sudu kecil minyak sayur
1 sudu kecil garam
Bahan C
2 sudu besar Chinese 5 spices (boleh di beli di pasaraya)
1 sudu besar serbuk kayu manis
1 1/2 sudu kecil garam halus
Cara-cara :
Satukan bahan A dan B ke dalam bekas besar, kacau dengan senduk kayu hingga menjadi doh yang lembut dan melekit.
Tutup bekas dengan plastic wrap dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
Keluarkan dari peti sejuk, tabur sedikit tepung pada doh dan papan canai.
Uli sehingga menjadi doh yang lembut. Tutup dengan tuala lembab dan rehatkan selama 1 1/2 jam sehingga mengembang sekali ganda.
Buat lubang di tengah doh, masukkan 1 sudu kecil minyak, uli beberapa kali hingga menjadi doh yang lembut.
Tabur tepung dan canai persegi memanjang. Buat kelaran melintang supaya mudah mengulung.
Ratakan bahan C (serbuk rempah) di atasnya, kemudian gulung. Potong 2cm tebal. Leperkan doh dengan tangan sebelum di goreng. Salut tangan dengan tepung kerana doh agak melekit.
Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.
Chinese 5 Spice Doughnut / Donut 5 Rempah
Chinese 5 Spice Doughnut / Donut 5 Rempah shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi