17 Dec 2016 0 comments

Chinese 5 Spice Doughnut / Donut 5 Rempah

Chinese 5 Spice Doughnut / Donut 5 Rempah -

Chinese 5 Spice Doughnut / Donut 5 Rempah

Bahan A
1 cawan susu cair - (suam)
1 sudu kecil yis segera
2 sudu kecil gula kaster

Satukan ke dalam mangkuk, kacau rata, tutup dengan plastic wrap dan biarkan selama 15 minit hingga yis mengembang dan berbuih.

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula kaster
2 sudu kecil minyak sayur
1 sudu kecil garam

Bahan C
2 sudu besar Chinese 5 spices (boleh di beli di pasaraya)
1 sudu besar serbuk kayu manis
1 1/2 sudu kecil garam halus


Cara-cara :
Satukan bahan A dan B ke dalam bekas besar, kacau dengan senduk kayu hingga menjadi doh yang lembut dan melekit.

Tutup bekas dengan plastic wrap dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
Keluarkan dari peti sejuk, tabur sedikit tepung pada doh dan papan canai.
Uli sehingga menjadi doh yang lembut.  Tutup dengan tuala lembab dan rehatkan selama 1 1/2 jam sehingga mengembang sekali ganda.

Buat lubang di tengah doh, masukkan 1 sudu kecil minyak, uli beberapa kali hingga menjadi doh yang lembut.
Tabur tepung dan canai persegi memanjang.  Buat kelaran melintang supaya mudah mengulung.

Ratakan bahan C (serbuk rempah) di atasnya, kemudian gulung.  Potong 2cm tebal.  Leperkan doh dengan tangan sebelum di goreng.  Salut tangan dengan tepung kerana doh agak melekit.

Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.

Chinese 5 Spice Doughnut / Donut 5 Rempah


Chinese 5 Spice Doughnut / Donut 5 Rempah shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
14 Dec 2016 0 comments

Ham Chim Paeng / Roti Goreng Kacang Merah

Ham Chim Paeng / Roti Goreng Kacang Merah -

Ham Chim Paeng / Roti Goreng Kacang Merah
Sumber :  Chef Thayaga@Kari Leafs

Bahan A 
40 gm tepung gandum
40 ml air
1 sudu kecil cuka makan
Satukan semua dalam mangkuk kecil, gaul rata.  Tutup dengan plastic wrap dan biarkan semalaman pada suhu bilik.

Bahan B 
1/2 sudu kecil gula kaster
1/4 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil tepung gandum
1 sudu besar air suam

Larutkan gula dan yis ke dalam air suam.  Tabur tepung dan biarkan selama 10-15min hingga yis kembang dan berbuih kecil.

Bahan C
125 gm tepung roti (high protein)
55 gm tepung gandum
1/4 sudu teh soda bicarbonate
35 gm gula kaster
1 sudu kecil garam halus
Secubit serbuk ammonia (optional)
120 ml air

Pes Kacang Merah, Bijan Putih
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Ayak kedua tepung ke dalam mangkuk besar.  Masukkan soda bicarbonate, ammnonia, gula dan garam.  Gaul rata.
Masukkan bahan A dan bahan B.  Tambah air sedikit demi sedikit.  Gaul dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan melekit.  Tutup adunan dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 1/2 jam sehingga doh mengembang sekali ganda.
Tabur tepung gandum di papan pencanai dan lumur tangan dengan tepung, Uli doh dan memanjang dan potong kepada 6 bahagian.

Masukkan inti kacang di tengahnya dan bulatkan.  Spray sedikit air di permukaan doh dan tabur dengan bijan.

Tekan atau leperkan doh sebelum di goreng.

Panaskan minyak, goreng terendam dengan api sederhana panas hingga keperangan.
Ham Chim Paeng / Roti Goreng Kacang Merah


Ham Chim Paeng / Roti Goreng Kacang Merah shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;