Sandwich Telur Mata / Poached Egg Sandwich -
Sandwich Telur Mata / Poached Egg Sandwich
Bahan-bahan
Roti Sandwich
Telur segar
Timun - hiris
Tomato - hiris
Salad - hiris
Sedikit garam dan serbuk lada putih
Cara Memasak Telur Mata
Masukkan air ke dalam periuk non-stick yang rendah, sedikit garam dan cuka. Biarkan mendidih.
Pecahkan dahulu telur ke dalam cawan, kemudian tuang perlahan-lahan ke dalam air mendidih.
Perlahankan api, tutup periuk dengan penutup dan biarkan telur terendam selama 4 minit.
Selepas itu angkat telur dengan senduk berlubang dan toskan di atas tisu dapur.
Penyediaan Sandwich
Bakar kepingan roti sebentar.
Letak hirisan timun, tomato dan salad
Letak telur mata dan tabur sedikit garam dan serbuk lada sulah.
Boleh juga di renjis dengan kicap cair sebagai perasa.
Sandwich Telur Mata / Poached Egg Sandwich
Sandwich Telur Mata / Poached Egg Sandwich shared from Kakwan Citarasawan
Republish by
The CC Resepi