5 Feb 2017 0 comments

Cucur Udang Rangup

Cucur Udang Rangup -

Cucur Udang Rangup
Sumber :  Daku Amat / FB LinaZubir

Bahan-bahan
500gm atau 2 cawan tepung gandum.
1 biji telur.
1/2 paket yis segera - dicampur bersama 1 sudu gula dan ½ cawan air suam.
1 - 1/2 cawan Air - ikut anggaran untuk bancuhan cucur
1 sudu kecil garam.
Sedikit serbuk kunyit.
1 biji bawang besar - dihiris.
200gm taugeh atau 1 genggam taugeh - cuci dan toskan kemudian diramas sedikit.
20 ekor udang berkulit keras, saiz sederhana - cuci dan toskan. Kemudian lap kering dengan 'tissue' dapur.
10 tangkai kucai - potong kecil.
1 biji cili merah - dihiris nipis.
Minyak untuk menggoreng.

Bahan-Bahan Untuk Sos Cili 
5-6 biji cili merah.
3 ulas bawang putih - dikisar dengan 1/2 cawan air.
1/4 cawan cuka makan JALEN.
1/3 cawan gula atau secukup rasa.
1/4 camca teh garam.

Cara Penyediaan :
Campurkan yis bersama air suam dan gula. Biarkan sehingga ia berbuih.
Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata.
Kemudian pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama air.
Gaul sehingga sebati dan masukkan sayur-sayuran. Biarkan sebentar sehingga bancuhan nampak berbuih.
Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak hingga gorengan terendam.
Rendamkan sudip besi kedalam minyak panas selama 2 minit.  Tinggalkan sedikit minyak panas di dalam sudip.
Kacau adunan, kemudian cedok dan isikan ke dalam senduk panas tadi hingga hampir penuh dan lingkarkan seekor udang atasnya.
Rendam di dalam minyak dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.
Perhatikan cucur sehingga kuning keemasan , angkat untuk tos minyak.

Untuk Sos Cili :
Masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang putih ke dalam periuk.
Masukkan gula dan garam. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan pekat.
Tuang cuka makan, kacau dan masak sekejap lagi.
Rasakan  masam, manis pedas, matikan api. Hidangkan bersama cucur udang tadi.

Rahsia Masak Cucur Enak :

1. Jangan guna air panas untuk membancuh yis kerana ini akan ‘membunuh’ yis. Apabila anda mencampur gula ke dalam bancuhan yis, itu bagi mengaktifkannya. Bila naik berbuih, maknanya yis ‘hidup’ dan boleh digunakan.

2. Untuk menjadikan cucur udang rangup, pastikan anda menggunakan sudip atau senduk yang leper supaya bahagian tepi cucur boleh menjadi lebih 'crispy'.

3. Goreng cucur dalam minyak sederhana panas untuk cucur yang rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur 'masuk minyak' dan minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangit.

Cucur Udang Rangup


Cucur Udang Rangup shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
2 Feb 2017 0 comments

Chinese Walnut Cookies

Chinese Walnut Cookies -

Chinese Walnut Cookies
Sumber :  Chef Thyaga @ Kari Leafs
Recipe by :  Chef Amy Beh

Bahan A
300gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil soda bicarbonate
1/4 sudu kecil serbuk ammonia
1 sudu kecil garam halus

Bahan B
125gm gula kaster
200ml minyak sayur
60gm walnuts cincang halus

1 kuning telur untuk sapuan
Bijan untuk taburan

Cara-cara :
Satukan bahan A dan ayak ke dalam bekas.  Masukkan walnut dan gula kaster, gaul.
Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Bahagikan doh 20gm setiap satu (1 sudu besar) dan bulatkan.
Susun di atas loyang yang di gris, leperkan sedikit doh, sapu kuning telur dan tabur bijan di atasnya.
Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 170C selama 20-25 minit.

Chinese Walnut Cookies


Chinese Walnut Cookies shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;