Kurma Telur
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Bahan-bahan
5 biji telor rebus, kupas dan goreng hingga berkulit
2 biji ubi kentang - potong dan goreng sebentar
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 cm halia* (bahan bertanda* boleh ditumbuk atau dimayang halus)
3 sudu besar rempah kurma - campur sikit air jadikan pes
2 cawan santan sederhana pekat
2 biji cili hijau dibelah dua atau 6 biji cili padi
Tomato jika suka
1 biji bawang besar ~ dibelah 6
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Rempah tumisan
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Cara menyediakan
Panaskan minyak masak. Tumis rempah tumisan sehingga wangi. Masukkan bahan tumbuk/mayang dan biar hingga wangi. Masukkan pes kurma dan kacau rata hingga naik minyak.
Masukkan santan, kentang, garam dan gula.
Masak hingga kentang empuk sambil dikacau supaya santan tak membuak.
Masukkan asam gelugur, telur rebus yang telah digoreng, bawang besar dan cili. Masak sekejap Akhir sekali masukkan tomato. Kacau sekejap bolehlah matikan api.
Hidang dengan taburan bawang goreng dan daun ketumbar.
Kurma Telur
Kurma Telur shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi