Biskut Jejari Coklat Nestum / Nestum Chocolate Fingers Cookies
Bahan-bahan
250 gm mentega
20 gm shortening
90 gm gula aising
250 gm tepung gandum
120 gm nestum cereal - kisar halus
2 sudu besar serbuk koko
80 gm coklat masakan putih - dicairkan
50 gm coklat masakan hitam - dicairkan
Menghasilkan 80 biji
Penyediaan :
Pukul mentega, shortening dan gula hingga sebati.
Masukkan serbuk koko dan nestum, gaul rata dan akhir sekali masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
Bentukkan seperti jejari. Bakar pada suhu 170 C selama 15-20 minit.
Sejukkan dahulu, celup separuh biskut ke dalam coklat putih. Biarkan mengeras.
Kemudian paipkan coklat masakan hitam ke atasnya. Tabur sedikit nestum.
Setelah coklat mengeras, simpan di dalam bekas kedap udara.
Biskut Jejari Coklat Nestum / Nestum Chocolate Fingers Cookies
Biskut Jejari Coklat Nestum / Nestum Chocolate Fingers Cookies shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi