16 Oct 2017 0 comments

Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317

Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317 -

Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317

Bahan-bahan
3 pot beras Bashmati, cuci dan toskan
3 cawan air
1/2 tin susu sejat
2 sudu kecil garam
1 kiub Tomyam, haluskan
500 gm seafood campuran (udang,kepah,sotong)

Bahan Tumis
1/2 labu bawang besar, cincang
3 ulas bawang putih, cincang
2 helai daun limau purut, koyak2 kan
2 batang serai, di ketuk
2 tangkai cili padi, hiris kasar

Sampingan
Daun ketumbar di hiris
Brocolli dan jagung di celur

Penyediaan :
Untuk menumis, tekan Saute/Sear dengan penutup terbuka.
Masukkan semua bahan-bahan tumis dan kacau hingga naik bau.
Kemudian masukkan beras, air, susu sejat, garam, kiub tomyam.  Kacau rata.
Hentikan fungsi Sear, Letak penutup periuk, "Seal" kan.

Tekan fungsi Pressure 2 kali hingga keluar text merah "Rice" di tengahnya, dan masa 14 minit.
Tekan "Start" dan tunggu sehingga selesai tempohnya.
Setelah masak, Offkan, kemudian tolak Vent perlahan-lahan dan lepaskan tekanan hingga habis,
Buka penutup periuk, masukkan seafood dan bahan sampingan.
Tutup semula periuk, Seal kan.
Tekan fungsi pressure 3 x hingga keluar text merah "Stim", setkan masa 10 minit.

Setelah selesai, lepaskan tekanan dan buka penutup.
Nasi sedia di hidangkan.
Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317






Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317 shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
15 Oct 2017 0 comments

Rainbow Checkeredboard Cake

Rainbow Checkeredboard Cake -

Rainbow Checkeredboard Cake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
430gm tepung gandum
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, unggu

400ml whip topping krim - di putar hingga kembang
(untuk disapu pada setiap lapisan dan seluruh kek)
atau buttercream

Loyang 8" di alas dan di gris keliling

Cara-cara :
Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
Pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.
Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C.  Bakar sehingga habis.
Angkat dan sejukkan di atas redai.  Keluarkan alas bawah kek.
Potong setiap kek menggunakan cutter bulat (2 atau 3 cutter berlainan saiz).
Susun mengikut warna yang berlainan setiap lapisan kek.
Sapu krim keliling kek untuk lapisan yang pertama, letak di atas papan kek.
Sapu krim secukupnya pada permukaan lapisan pertama kek, letak lapisan kedua dan sapu krim di atasnya.  Ulangi untuk lapisan seterusnya hingga habis.
Setelah selesai, sapu tipis krim pada seluruh kek dan simpan selama 2-3 jam di dalam peti sejuk.
Selepas itu bolehlah di salut dengan krim kegemaran menggunakan fresh cream, buttercream atau coklat ganache.
Simpan semula di dalam peti sejuk sekurangnya 4 jam sebelum di potong.
Rainbow Checkeredboard Cake

Rainbow Checkeredboard Cake shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;