Keledek Goreng Rangup
Bahan-bahan
1/2 Kg Keledek - potong memanjang
(Rendam dengan sedikit garam) selama 1 jam, toskan
Tepung Goreng Rangup
250 gm tepung beras (Golden Coin) atau 3 Gajah
250 ml air
1 biji telur
1 sudu besar air kapur pekat
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna
Salutan : 2 cawan breadcrumbs
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan :
Bancuh bahan-bahan tepung goreng hingga rata dan sebati, tidak terlalu pekat atau cair.
Toskan ubi, celup ke dalam bancuhan tepung dan golek di atas breadcrumbs.
Goyang mangkuk berisi breadcrumbs hingga ubi bersalut rata. Jangan gunakan tangan untuk mengaul kerana salutan akan melekat pada tangan.
Goreng hingga keperangan.
Rangup di makan panas-panas.
Keledek Goreng Rangup
Keledek Goreng Rangup shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi