7 Nov 2017 0 comments

Asam Pedas Ayam

Asam Pedas Ayam - Kerana satu hidangan... Ayat yang ringkas, tapi membawa sebuah maksud tersirat yang mampu menyentuh hati dan perasaan. Kadang kadang orang terlupa atau memandang remeh sesuatu perkara hanya kerana ianya disangka tidak penting. "Kerana satu hidangan"...inilah yang akan menjadi intisari untuk resipi kita kali ini. Pasti semua terpinga pinga dan pelik. Kenapa dengan ayat ini? Apa kaitan ayat ini

Asam Pedas Ayam shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
6 Nov 2017 0 comments

Puding Roti Pandan Gula Melaka

Puding Roti Pandan Gula Melaka -

Puding Roti Pandan Gula Melaka 

Bahan-bahan
8 keping roti
150 ml santan kotak KARA
250 ml air
50 gm gula pasir
2 sudu besar mentega cair
3 biji telor B
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar pandan emulco

Loyang 8 in Loose Base, Alas dasar dengan baking paper dan oles keliling dengan mentega.
Loyang 10 in di isi air panas

Penyediaan :
Carik-carikkan roti, masukkan ke dalam mangkuk.  Ketepikan.
Satukan santan, air, gula, telur, pandan emulco dan garam ke dalam pengisar.  Kisar sebati.
Tuang ke dalam mangkuk berisi roti bersama mentega cair.
Gaul rata dan biarkan sehingga roti menyerap adunan santan.
Tuang ke dalam loyang, tekan dan ratakan adunan roti.
Bungkus dasar loyang dengan aluminium foil atau letakkan 4 acuan kecil sebagai tapak, letakkan loyang di atasnya supaya air tidak masuk ke dalam loyang.
Panaskan oven pada suhu 170C dan bakar api atas bawah selama 35 - 40 minit atau hingga masak.
Keluarkan dari oven, tekan permukaan roti biar mampat dan sejukkan dahulu.
Longgarkan keliling tepinya dengan spatula atau pisau supaya senang mengeluarkannya nanti dari loyang.

Sementara itu sediakan lapisan puding gula melaka.

Lapisan Atas Puding Gula Melaka
7 gm agar-agar serbuk
550 ml air
150 ml santan kotak KARA
150 gm gula melaka, racik halus
3 sudu besar tepung hunkwee
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Cara-cara :
Satukan air dan serbuk agar2 ke dalam periuk dan masak hingga serbuk agar2 larut.
Masukkan gula melaka, santan dan tepung hunkwee yang dilarutkan dengan sedikit air, esen vanilla dan garam.
Masak hingga adunan mendidih dengan api sederhana.  Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
Tuang ke atas permukaan puding roti
Sejukkan selama 2-3 jam sebelum di keluarkan dari loyang.
Enak di makan dingin.

Nota :  Guna gula melaka yang gelap warnanya atau campuran gula melaka dan gula merah untuk mendapat warna puding yang lebih gelap.
Puding Roti Pandan Gula Melaka 


Puding Roti Pandan Gula Melaka shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;