Tauhu Begedil
Bahan-bahan :
500gm ubi kentang 5-6 biji, kupas potong baji
100 gram daging cincang
1 kuning telur
1 sudu besar bawang goreng, ramas halus
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh garam
2 tangkai daun bawang, hiris halus
20 biji tauhu pok - gunting bentuk X di atasnya
Celupan :
1 biji telur + 1 putih telur - pukul ringan
1/2 sudu teh tepung jagung
secubit garam dan lada sulah
Kocok telur bersama tepung jagung, garam dan lada sulah.
Cara-cara :
- Goreng kentang hingga masak, tos dan lecek hingga halus ketika masih panas.
- Masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
- Goreng daging cincang dengan sedikit minyak hingga masak dan airnya kering.
- Angkat dan gaulkan bersama kentang, kuning telur, bawang goreng, daun bawang, serbuk lada sulah dan sedikit garam hingga rata.
- Sudukan inti kentang ke dalam tauhu pok hingga padat.
- Celup ke dalam putih telur dan goreng hingga keperangan.
- Angkat dan toskan. Boleh di makan bersama sos cili atau sos kicap.
1/2 cawan kicap manis
3 tangkai cili padi, potong kecil
1 sudu besar bawang goreng, ramas halus
Gaul kan semua di dalam mangkuk. Sedia di cicah bersama tauhu.
Tauhu Begedil
Tauhu Begedil shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi