21 Dec 2017 0 comments

Miang Kham / Meang Khum

Miang Kham / Meang Khum -

Miang Kham / Meang Khum

Bahan-bahan
30 helai daun kaduk
1/4 cawan kacang tanah atau gajus panggang *
1/4 cawan udang kering, cuci dan sangai hingga kering *
1/4 cawan halia muda, potong dadu
1/4 cawan limau nipis, potong dadu
1/4 cawan bawang merah, potong dadu
1/4 cawan kelapa sagat, sangai hingga perang *
5 tangkai cili merah / hijau, potong kecil

Simpan sedikit bahan bertanda * untuk di adun bersama sos

Bahan Sos
2 batang serai, ambil bahagian putih dan hiris nipis
1/2 in lengkuas, hiris nipis
3 ulas bawang merah, hiris nipis
1/2 in halia, hiris nipis
1 sudu kecil udang kering *
1 sudu kecil kacang tanah *
2 sudu besar kelapa sagat  *
1/2 in belacan
120 gr gula melaka
2 sudu besar sos ikan
1/2 cawan air

Penyediaan :
  1. Dalam kuali non-stick, sangai hirisan serai, lengkuas, bawang merah, halia dan belacan hingga perang dan naik bau.  Ketepikan.
  2. Tumbuk udang kering. kacang tanah dan kelapa sangai hingga halus.
  3. Campurkan bahan-bahan yang disangai tadi dan tumbuk hingga lumat.
  4. Dalam periuk didihkan gula melaka, air dan sos ikan.
  5. Bila gula larut, masukkan bahan tumbuk tadi.
  6. Reneh dengan api perlahan sehingga sos menjadi pekat.
  7. Angkat dan biarkan sejuk.  Sos mesti pekat, manis dan masin.
  8. Untuk hidangan, ambil sehelai daun kaduk, isikan dengan bahan-bahan hiris dan kacang akhir sekali tuang 1/2 sudu kecil sos, balut rapi dan sedia di kunyah.


Miang Kham / Meang Khum


Miang Kham / Meang Khum shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
13 Dec 2017 0 comments

Resipi Daging Masak Kurma

Resipi Daging Masak Kurma - Hye Assalamualaikum Apa khabar? Sihat ke semua? Diharapkan semua pembaca dan oengikut blog ini berada dalam keadaan sihat. Bukan sahaja sihat tetapi bahagia bersama insan tersayang. Orang kata kalau suami buncit maknanya dia bahagia dan isterinya pandai masak. Betol ke? Pada saya betul kot sebab kalau bini masak sedap...mesti makan banyak. Tu yang menjadikan buncit tu. Hahaha Kita dah selalu

Resipi Daging Masak Kurma shared from Alyaa
Republish by The CC Resepi
 
;