Sukun Goreng Sambal Udang Kering
Bahan-bahan
1 biji buah sukun, buang kulit dan potong jejari
- Rendam dalam air bercampur sedikit garam. Toskan.
Bancuhan tepung
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh kapur makan (pekat)
Air secukupnya
Bancuh kesemua bahan, masukkan air sedikit-sedikit hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu pekat atau cair.
Celup potongan sukun ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga keperangan.
Angkat dan toskan.
Hidang bersama sos kegemaran, sos cili atau kicap.
Sos / Sambal udang kering
2 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 biji buah tomato
1 sudu besar udang kering, cuci
1/2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 biji limau nipis
Sedikit minyak
Penyediaan :
Panaskan sedikit minyak, goreng cili, tomato, bawang dan udang kering hingga layu.
Angkat dan tumbuk hingga lumat (boleh juga di kisar kasar)
Perasakan dengan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
Enak di cicah bersama sukun goreng.
Sukun Goreng Sambal Udang Kering
Sukun Goreng Sambal Udang Kering shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi