26 Dec 2017 0 comments

Sukun Goreng Sambal Udang Kering

Sukun Goreng Sambal Udang Kering -

Sukun Goreng Sambal Udang Kering

Bahan-bahan
1 biji buah sukun, buang kulit dan potong jejari
- Rendam dalam air bercampur sedikit garam.  Toskan.

Bancuhan tepung
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh kapur makan (pekat)
Air secukupnya

Bancuh kesemua bahan, masukkan air sedikit-sedikit hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu pekat atau cair.
Celup potongan sukun ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga keperangan.
Angkat dan toskan.
Hidang bersama sos kegemaran, sos cili atau kicap.

Sos / Sambal udang kering
2 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 biji  buah tomato
1 sudu besar udang kering, cuci
1/2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 biji limau nipis
Sedikit minyak

Penyediaan :
Panaskan sedikit minyak, goreng cili, tomato, bawang dan udang kering hingga layu.
Angkat dan tumbuk hingga lumat (boleh juga di kisar kasar)
Perasakan dengan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
Enak di cicah bersama sukun goreng.

Sukun Goreng Sambal Udang Kering


Sukun Goreng Sambal Udang Kering shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam Masam Manis Chinese Style

Ayam Masam Manis Chinese Style -

Ayam Masam Manis Chinese Style

Bahan-bahan
2 keping dada ayam, potong saiz makan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah

Gaul kesemua bahan hingga rata.  Ketepikan

Bancuhan Tepung
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh minyak masak
Air secukupnya

Satukan semua bahan dan bancuh hingga mendapat kepekatan yang sesuai, tidak terlalu pekat atau cair.
Celup isi ayam ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga keperangan.  Angkat dan toskan.

Bahan Sos Masam Manis
1 tin kecil pes tomato
2 sudu besar jem raspberry
3 sudu besar gula perang
1 sudu besar cuka makan
1/2 cawan air
1/2 cawan capsicum hijau, potong dadu
1/2 cawan capsicum merah, potong dadu
1/2 cawan capsicum kuning, potong dadu
1/2 cawan bawang besar, potong baji
1/2 cawan potongan nenas dadu
2 sudu kecil tepung jagung, bancuh sedikit air
1 sudu besar minyak

Penyediaan :
Dalam kuali non-stick, panaskan sedikit minyak, masukkan pes tomato, jem, gula, cuka dan air.
Masak hingga mendidih.
Masukkan potongan capsicum, nenas dan bawang besar.  Masak 1 minit.
Kemudian masukan bancuhan tepung jagung, sesuaikan kepekatan kuah.
Akhir sekali masukkan isi ayam goreng, gaul rata.
Sedia di hidang.

Ayam Masam Manis Chinese Style


Ayam Masam Manis Chinese Style shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;