4 Feb 2018 0 comments

Kek Blueberry

Kek Blueberry -

Kek Blueberry

Bahan-bahan
2 biji telur A
210 gm gula pasir
1 cawan sour cream
1/2 cawan mentega cair / minyak sayur
1/4 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar parutan kulit lemon
450 gm blueberry atau campuran blueberry, strawberry dan raspberry
1 sudu besar tepung jagung

Loyang 9 in atau acuan muffin di gris

Cara-cara :
  1. Gaul blueberry dengan tepung jagung hingga rata.  Ketepikan.
  2. Pecahkan telur di dalam mangkuk, masukkan gula dan kacau hingga gula larut.
  3. Masukkan sour cream, jus lemon, parutan kulit lemon dan mentega cair, kacau hingga sebati.
  4. Masukkan tepung dan baking powder yang di ayak dan whisk hingga rata.
  5. Ratakan 1/2 adunan ke dalam loyang.
  6. Tabur dengan 1/2 blueberry.
  7. Kemudian ratakan baki adunan hingga habis.
  8. Akhir sekali, tabur dengan baki buah blueberry hingga rata.
  9. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu selama 40 - 45 minit hingga masak.


Nota :  Sour Cream boleh di gantikan dengan buttermilk

Buttermilk
1 cawan dairy whipping cream + 2 sudu besar jus lemon, kacau hingga kental
Kek Blueberry


Kek Blueberry shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
3 Feb 2018 0 comments

Kuih Ulat Sutera Thai / Banh Tam Khoai Mi

Kuih Ulat Sutera Thai / Banh Tam Khoai Mi -

Kuih Ulat Sutera Thai / Banh Tam Khoai Mi

Bahan-bahan
1 3/4 cawan parutan ubikayu
1/4 cawan kelapa parut muda
1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung ubikayu
1/2 sudu teh garam
1 cawan santan pekat (kotak)
1 sudu kecil serbuk vanila atau esen rose
Pewarna yang di sukai

Bahan Salutan / Taburan
Kelapa parut, kukus sebentar, gaul sedikit garam
Bijan putih - sangai
Kacang tanah - sangai dan tumbuk kasar

Piring atau pinggan kecil di oles sedikit minyak atau di lapik daun pisang

Cara-cara :
Satukan semua bahan kecuali pewarna.  gaul rata hingga sebati.
Bahagikan kepada 4 bahagian dan masukkan pewarna yang di sukai.
Tuang setiap satu adunan ke dalam piring kecil dan ratakan.

Kukus selama 15 minit hingga masak.
Setelah sejuk, potong jalur memanjang menggunakan pisau plastik.
Jika jalur terlalu panjang, boleh di potong dua.
Golek di dalam kelapa parut.
Masukkan ke dalam pinggan, tabur dengan bijan dan kacang tanah jika suka.

Nota :
Untuk menghilangkan toksin pada ubikayu, selepas di buang kulit, cuci dan rendam semalaman di dalam peti sejuk.  Kemudian toskan sebelum di parut.

Kuih Ulat Sutera Thai / Banh Tam Khoai Mi

Kuih Ulat Sutera Thai / Banh Tam Khoai Mi shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;