Chor Muang / Thai Dumplings
Bahan Filing
2 sudu besar minyak
1 sudu besar bawang putih cincang
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 cawan isi ayam cincang
1 sudu besar gula perang / gula melaka
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar sos ikan
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan kacang tanah (sangai, tumbuk kasar)
Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan isi ayam masak hingga ayam berubah warna.
Perasakan dengan serbuk lada putih, gula, garam dan sos ikan.
Apabila hampir kering masukkan kacang tanah.
Gaul rata dan biarkan sejuk sebelum di isi ke dalam dumplings
Bahan Doh
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubikayu
2 sudu besar tepung pulut
1 sudu besar tepung wheat starch
1 cawan santan
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan jus bunga telang **
1 sudu besar shortening
** 20 kuntum bunga telang di rebus dengan 1 cawan air
Cara-cara :
Satukan semua bahan doh kecuali shortening.
Kacau rata dan tapis ke dalam periuk non stick.
Masak dengan api perlahan, dan sentiasa di kacau.
Apabila doh hampir pekat, tutup api dan masukkan shortening.
Gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
Biarkan sejuk dan bungkus dengan plastik wrap.
Tabur tepung pulut di atas papan pencanai dan uli doh tadi hingga sebati.
Ambil doh seberat 20 gm, leperkan dan masukkan inti di tengahnya.
Tutup doh dan bulatkan, kemudian sepit dengan penyepit menjadi bentuk bunga.
Atur di dalam pengukus yang di alas daun pisang yang di sapu minyak.
Panaskan pengukus dan kukus selama 8-10 minit dengan api kecil.
Chor Muang / Thai Dumplings
Chor Muang / Thai Dumplings shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi