19 Apr 2018 0 comments

Drumet Ayam Bakar Mentega

Drumet Ayam Bakar Mentega -

Drumet Ayam Bakar Mentega

Bahan-bahan
15 ketul drumet / sayap ayam
2 sudu besar mentega
5 sudu besar madu
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam

Cara-cara :
Cairkan mentega di dalam periuk.
Masukkan madu, sos cili, cili kisar, garam dan serbuk pati ayam.
Masak dengan api sederhana hingga pekat.

Masukkan drumet ayam, gaul rata dan masak sebentar sehingga separuh masak.

Biarkan sehingga sejuk dan sosnya menjadi likat.
Gaul rata sekali lagi dan alihkan ke atas dulang yang di alas aluminium foil.

Bakar selama pada suhu 200C sehingga ayam keemasan.

Drumet Ayam Bakar Mentega


Drumet Ayam Bakar Mentega shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
18 Apr 2018 0 comments

Kway Teow Th'ng

Kway Teow Th'ng -

Kway Teow Th'ng
By Kak Wan @ Resipitarasawan

Bahan-bahan
1 paket Kway Teow / Beehoon atau Mee
Serbuk lada sulah
Daun bawang
Minyak bawang putih

Cara-cara :
Rendam kway teow dalam air panas dan kacau sebentar untuk membuang minyaknya.  Tos dan ketepikan.

Bahan Sup
1 keping dada ayam tak perlu potong
Tulang, kaki atau leher ayam
1/2 biji sengkuang, potong 4
3 ketul kecil gula batu
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu besar bawang putih goreng
1 sudu besar stok pati ayam Maggie
Fish ball secukupnya

Cara-cara :
  1. Didihkan air, masukkan dada ayam bersama tulangnya.  
  2. Rebus sebentar hingga lemaknya terapung di permukaan air.
  3. Keluarkan ayam dan tulang, toskan dan cuci hingga bersih.
  4. Buang air rebusan tadi.
  5. Dalam periuk lain masukkan 1 1/2 liter air dan didihkan.
  6. Masukkan dada ayam, tulang, sengkuang dan bawang putih goreng.
  7. Setelah mendidih, angkat keluar dada ayam dan ketepikan.  
  8. Masukkan serbuk pati ayam, gula batu, garam dan stock pati ayam.
  9. Reneh sup dengan api kecil selama 20 minit.  Lagi lama lagi sedap supnya.
  10. Akhir sekali masukkan fish ball dan didihkan sebentar.
  11. Untuk menghidang, masukkan kway teow, hirisan dada ayam dan fishball.
  12. Tuangkan sup, letak sedikit serbuk lada sulah, minyak bawang putih dan taburan daun bawang.
  13. Tambah kicap cili.


Kicap Cili
6 tangkai cili padi, hiris
2 sudu besar kicap cair
1 biji perahan jus limau kasturi

Minyak Bawang Putih @ Minyak Wangi
2-3 labu bawang putih di cincang dan di goreng dengan minyak hingga keperangan.
Sejukkan dan simpan di dalam botol.
Kway Teow Th'ng


Kway Teow Th'ng shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;