11 Aug 2018 0 comments

Laksa Asam Nenas Ikan Seekor

Laksa Asam Nenas Ikan Seekor -

Laksa Asam Nenas Ikan Seekor

Bahan-Bahan
1 kg laksa basah atau laksa kering direbus dahulu
1 kg ikan sardin atau kembung
1 tin kecil sardin atau mackerel, keluarkan sosnya
2 liter air
4 keping asam gelugor
5 tangkai daun kesum
2 bunga kantan, belah 2
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus
6 tangkai cili kering, rendam dan kisar halus
1 in lengkuas
1 batang serai, ambil bahagian putih
1/2 in kunyit
6 ulas bawang merah
1 in belacan
4 keping hirisan nenas, potong2

Bahan-bahan Sampingan
6 tangkai daun pudina
1/2 biji nanas, potong kecil
2 biji cili merah,  dihiris
1 biji timun, dihiris
1 labu bawang merah besar, hiris halus
1 bunga kantan, hiris halus
4-5 biji limau kasturi, belah 2
2,3 sudu besar petis udang
Telur rebus
Ikan rebus

Penyediaan :
  1. Didihkan air dan rebus ikan sehingga masak.  Asingkan tulang dan siat-siatkan isinya.
  2. Tulang ikan di kisar bersama air rebusan tadi hingga hancur, kemudian tapis ke dalam periuk.
  3. Masukkan bahan kisar halus, daun kesum, asam keping, serai dan bunga kantan. Masak hingga mendidih selama 30 minit.  Tambah air jika kuah pekat.
  4. Masukkan isi ikan kisar dan isi ikan dalam tin yang di siat kasar.
  5. Biar mereneh dengan api sederhana selama 15 minit lagi.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Hidang bersama bahan-bahan sampingannya.
  8. Tuang kuah dan letak ikan rebus dan petis udang.

Laksa Asam Nenas Ikan Seekor


Laksa Asam Nenas Ikan Seekor shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
8 Aug 2018 0 comments

Kari Daging Madras

Kari Daging Madras -

Kari Daging Madras
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500g daging lembu - hiris nipis
6 sudu makan minyak jagung / minyak sapi
2 ulas bawang putih – dihiris
2 ulas bawang kecil – dihiris
1 in halia – dipotong mayang
1 helai daun pandan – di simpul
1 in kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan serbuk kari daging
2 biji tomato - potong dadu
8 cawan air
2 biji ubi kentang – jika suka
1/2 batang lobak merah – dipotong bulat
1/2 biji jus limau nipis
2 sudu makan bawang goreng - tumbuk halus
1 sudu makan gula melaka atau gula merah
1/2 sudu makan serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa

Cara-cara :

  1. Panaskan periuk, masukkan minyak, tumis bawang putih,halia,bawang merah, daun pandan, kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga hingga naik bau.
  2. Masukkan daging, kacau hingga separuh masak.
  3. Masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan rempah kari, kacau hingga rata selama 2 minit. Kemudian masukkan air.  Tutup periuk dan masak hingga daging lembut.
  4. Kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah, tomato dadu dan reneh selama 30 minit hingga kentang dan lobak merah lembut.
  5. Masukkan sos cili, sos tomato dan bawang goreng tumbuk, sekiranya terlampau pekat, masukkan sedikit air panas.
  6. Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan gula merah secukup rasa dan perahan air limau nipis.
  7. Siap dan hidang bersama nasi atau roti.


Kari Daging Madras


Kari Daging Madras shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;