Puding Kastard Buah Ringkas
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
2 cawan susu segar atau susu soya
2 sudu besar gula pasir
4 sudu besar tepung kastard
Buah-buahan segar yang di sukai, di potong kecil
Strawberry, blueberry, kiwi, delima dan lain-lain
Cara-cara :
- Satukan tepung kastard dan sedikit air. Kacau hingga larut.
- Panaskan susu segar, masukkan gula dan kacau hingga gula larut.
- Tuang bancuhan tepung kastard dan masak dengan api sederhana hingga pekat.
- Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
- Tuang ke dalam mangkuk dan tutup dengan plastik wrap.
- Simpan di dalam peti ais sehingga sejuk.
- Keluarkan dari peti sejuk dan kacau kastard hingga lembut.
- Masukkan potongan buah-buahan dan gaul rata.
- Masukkan ke dalam gelas dessert dan sedia di hidang.
Puding Kastard Buah Ringkas
Puding Kastard Buah Ringkas shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi