Tortillas Fajitas Ayam Mexico
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Sumber : LinaThomas
Bahan-bahan :
Bumbu :
3 sudu kecil serbuk cili (atau 2 sudu kecil serbuk cili + 1 sudu kecil paprika)
1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Fajitas Filling :
3 keping dada ayam tanpa tulang, dihiris 1/2 inci memanjang
1 biji bawang besar bombay di hiris memanjang
1 biji cili capsicum merah
1 biji cili capsicum hijau
1 biji cili capsicum kuning
2 ulas bawang putih di cincang halus
3 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar jus limau nipis segar
3 sudu besar daun sup cincang
Topping pilihan :
8 keping roti tortillas KAWAN
Sour cream
Hirisan avocado atau guacamole
Tomato di potong dadu
Parutan keju
Caranya:
Panaskan ketuhar hingga 200 ° C.
Sapu sedikit minyak zaitun rata dalam loyang pembakar besar.
Untuk bumbu :
Dalam mangkuk kecil, campurkan bersama serbuk cili, cumin, ketumbar, 1 1/2 sudu kecil garam dan 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam, ketepikan.
Untuk Fajita Filling :
- Masukkan kesemua cili capsicum dan bawang bombay ke dalam loyang yang telah di sapu dengan minyak zaitun, masukkan ayam, taburkan bawang putih dan bumbu sekata di atas ayam. Masukkan minyak zaitun dan kacau sebati. Ratakan ke dalam loyang pembakar.
- Bakar dalam ketuhar kira-kira 20 minit.
- Bungkus roti tortillas dengan foil dan panas di dalam ketuhar selama 5 minit terakhir memasak fajita.
- Akhir sekali dah siap bakar, keluarkan dari ketuhar masukkan jus limau nipis dan taburkan dengan daun sup, kacau sebati.
- Hidangkan dengan tortilla suam dengan topping yang dikehendaki.
Tortillas Fajitas Ayam Mexico
Tortillas Fajitas Ayam Mexico shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi