Timun Betik Bersantan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
1/2 biji Timun Betik
400ml santan kotak
100ml air
1 helai daun pandan
sedikit garam
Cendol - jika suka
Sirap gula melaka
2 ketul gula melaka, racik halus
1/2 cawan air
1 helai daun pandan
Masak hingga pekat dan sejukkan.
Cara-cara :
Masak air dengan daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan dan secubit garam, panaskan sebentar tak perlu mendidih.
Sejukkan dahulu.
Potong timun betik saiz makan.
Tuang santan dan sirap.
Jika suka sejuk boleh tambahkan ketulan ais.
Timun Betik Bersantan
Timun Betik Bersantan shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi