8 Jul 2019 0 comments

Ondeh Ondeh Durian

Ondeh Ondeh Durian -

Onde-Onde Durian
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 ulas isi durian di lecek halus
1 cawan tepung pulut
1/3 cawan air
1 keping gula melaka, racik kecil
1 cawan kelapa parut muda, gaul sedikit garam

Cara-cara :
  1. Satukan isi durian, tepung pulut dan garam, gaul hingga rata.
  2. Tambahkan air sedikit sedikit dan uli menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil doh sebesar ibu jari, leperkan dan isi ketulan gula melaka.
  4. Bulatkan dan masak di dalam air mendidih hingga timbul.
  5. Angkat, toskan dan golek ke dalam kelapa parut.
  6. Sedia di hidang.

Ondeh Ondeh Durian


Ondeh Ondeh Durian shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
4 Jul 2019 0 comments

Puding Lapis Buah

Puding Lapis Buah -

Puding Lapis Buah
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Agar-agar Jernih
500ml air
3 sudu kecil serbuk agar-agar
100gm gula pasir

Agar-agar Susu
150ml air
350ml santan kotak
3 sudu kecil serbuk agar-agar
120gm gula pasir

Buah Strawberry dan Manga di potong dadu

Cara-cara :

  1. Masak agar-agar jernih hingga mendidih.
  2. Masuk ke dalam jug kecil, ketepikan 100ml dan beri pewarna biru.
  3. Masak pula agar-agar susu hingga mendidih.
  4. Masukkan ke dalam jug kecil, ketepikan,
  5. Masukkan sedikit potongan buah strawberry ke dasar gelas.
  6. Tuang agar-agar jernih, masukkan sebentar ke dalam peti sejuk hingga beku.
  7. Kemudian tuang agar-agar susu ke atasnya dan biarkan beku.
  8. Buat 3 lapisan jernih dan 2 lapisan susu.
  9. Tuang lapisan biru dan biarkan beku.
  10. Akhir sekali, letak potongan buah manga di atasnya.
  11. Enak di hidang dingin.


Puding Lapis Buah



Puding Lapis Buah shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;