Kek Keju Durian Hangus
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
250 gram cream cheese
1 cawan isi durian, lecek halus
1/4 cawan gula castor
2 biji telur
1 sudu besar tepung kastard
1/3 cawan santan kotak
1/4 sudu teh garam
Esen durian / vanila
Cara-cara :
- Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
- Masukkan telur satu persatu dan durian, putar hingga sebati.
- Masukkan tepung, santan, garam dan esen, putar rata.
- Tuang ke dalam bulat 6 inci yang di alas kertas baking.
- Bakar suhu 200 selama 40 minit secara double boiler.
- Biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong dan hidang.
Kek Keju Durian Hangus
Kek Keju Durian Hangus shared from kakwan
Republish by The CC Resepi