6 Aug 2019 0 comments

Lamb Chop Blackpepper Sos

Lamb Chop Blackpepper Sos -

Lamb Chop Blackpepper Sos
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan Perapan
6 kepingan daging kambing
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3 sudu besar madu
4 sudu besar Sos tiram
2 sudu besar lada hitam kisar
1/2 sudu kecil serbuk Jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar kicap cair

Cara menyediakannya
  1. Tumbuk atau kisar bawang putih dan bawang merah hingga halus.
  2. Satukan bersama bahan-bahan lain dan gaul rata dengan kepingan daging.
  3. Perap sekurangnya 4 jam atau semalaman di dalam petisejuk.
  4. Panggang dengan pemanggang letrik, kuali leper atau atas arang.

Bahan Sos Blackpepper
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
4 sudu besar lada hitam
1/4 sudu kecil serbuk Jintan manis
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar gula perang
1 sudu besar tepung ubi, bancuh sedikit air
1 cawan air

Penyediaan :
  1. Tumbuk atau kisar bawang merah, putih dan lada hitam hingga halus.
  2. Masukkan ke dalam periuk bersama air, rempah, sos tomato, kicap dan gula.
  3. Masak hingga mendidih, pekatkan dengan larutan tepung ubi.
  4. Tuang sos ke atas kepingan daging bakar, hidang bersama sayur, salad atau kentang putar.


Lamb Chop Blackpepper Sos


.

Lamb Chop Blackpepper Sos shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
5 Aug 2019 0 comments

Pankek Buah Naga dan Pisang

Pankek Buah Naga dan Pisang -

Pankek Buah Naga
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan susu segar
1/2 biji buah naga
1 sudu besar gula kaster
1 biji kuning telur
2 putih telur, putar hingga kental
3 sudu besar mentega cair
4 biji pisang berangan / emas

Non stick pan kecil, oles mentega, (sapu dengan tissu)

Cara-cara :
  1. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder.
  2. Dalam mangkuk, satukan susu segar, gula, kuning telur dan mentega cair.
  3. Whisk hingga rata.
  4. Masukkan tepung dan whisk hingga sebati dan licin.
  5. Masukkan putih telur (meringue) sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga sebati.
  6. Panaskan non stick pan, tuang adunan dan letak hirisan pisang.
  7. bakar dengan api paling perlahan.
  8. Tutup kuali dengan penutup dan masak hingga permukaan atas kering.
Pankek Buah Naga dan Pisang


Pankek Buah Naga dan Pisang shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;