Lamb Chop Blackpepper Sos
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan Perapan
6 kepingan daging kambing
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3 sudu besar madu
4 sudu besar Sos tiram
2 sudu besar lada hitam kisar
1/2 sudu kecil serbuk Jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar kicap cair
Cara menyediakannya
- Tumbuk atau kisar bawang putih dan bawang merah hingga halus.
- Satukan bersama bahan-bahan lain dan gaul rata dengan kepingan daging.
- Perap sekurangnya 4 jam atau semalaman di dalam petisejuk.
- Panggang dengan pemanggang letrik, kuali leper atau atas arang.
Bahan Sos Blackpepper
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
4 sudu besar lada hitam
1/4 sudu kecil serbuk Jintan manis
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar gula perang
1 sudu besar tepung ubi, bancuh sedikit air
1 cawan air
Penyediaan :
- Tumbuk atau kisar bawang merah, putih dan lada hitam hingga halus.
- Masukkan ke dalam periuk bersama air, rempah, sos tomato, kicap dan gula.
- Masak hingga mendidih, pekatkan dengan larutan tepung ubi.
- Tuang sos ke atas kepingan daging bakar, hidang bersama sayur, salad atau kentang putar.
Lamb Chop Blackpepper Sos
.
Lamb Chop Blackpepper Sos shared from kakwan
Republish by The CC Resepi