18 Jan 2020 1 comments

Sup Numee Rumpai Laut

Sup Numee Rumpai Laut -

Sup Numee Rumpai Laut
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 bungkus Mi Numee
5 cawan stok ayam
100 gm sotong
100 gm udang
1 inci halia, hiris
3 batang daun bawang
1/2 batang carrot, potong kecil
2 keping seaweed kering
1/4 cawan kicap masin
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar shahimi sos / soya sos

1 tangkai daun bawang untuk taburan

Penyediaan :

  1. Cuci sotong dan udang, celur berasingan sebentar.  Toskan.
  2. Kemudian celur mi sebentar, toskan.
  3. Panaskan minyak bijan, tumis halia dan batang bawang hingga naik bau.
  4. Masukkan stok ayam, bila mendidih, masukkan carrot.
  5. Perasakan dengan kicap dan sos, tambah garam jika perlu.
  6. Masukkan udang dan sotong, biar mendidih sebentar.
  7. Untuk menghidang, letak seaweed dan mi dalam mangkuk.
  8. Tuang sup dan tabur dengan hirisan daun bawang.


Sup Numee Rumpai Laut


Sup Numee Rumpai Laut shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
15 Jan 2020 1 comments

Kerabu Limau Bali

Kerabu Limau Bali -

Kerabu Limau Bali
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 buah Limau Bali / Pomelo Sederhana
1 buah Delima
1 buah Manga mengkal
1 ikat daun ketumbar
1/4 cawan kacang tanah (sangai)

Dressing (Sos), campurkan
3 sudu besar sos ikan
5 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar air suam
4 tangkai cili padi
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar bawang putih cincang
Penyediaan :
  1. Kupas limau bali, delima, manga di hiris memanjang.
  2. Satukan bahan dressing dan gaul rata dengan kerabu.
  3. Hidang dengan taburan kacang tanah.

Kerabu Limau Bali


Kerabu Limau Bali shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;