15 Feb 2020 0 comments

Pajeri Nanas Terung Pipit

Pajeri Nanas Terung Pipit -

Pajeri  Nanas Terung Pipit
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan 
1/2 biji nanas, potong saiz makan
1 cawan terung pipit
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu besar kerisik
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar air asam jawa
1/2 keping gula melaka - cincang
2 sudu kecil garam atau secukup rasa

Bahan Tumis
Rempah 4 sekawan (1 batang kulit kayu manis, 3 kuntum bunga cengkih,3 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga lawang)
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar Halus
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 hiris halia
2 sudu besar udang kering (rendam dan tos)
1 sudu besar cili kisar

Penyediaan :
  1. Rebus nanas dengan sedikit garam hingga lembut.  Toskan.
  2. Panaskan minyak tumis rempah dan bahan kisar hingga kering.
  3. Masukkan rempah kari, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air dan biar mereneh hingga pecah minyak.
  5. Masukkan kerisek, santan dan air asam jawa, kacau rata.
  6. Masukkan nanas, terung pipit dan perasakan dengan garam dan gula melaka.
  7. Jika suka berkuah, tambah sedikit air atau santan.
  8. Reneh hingga kuah hampir pekat.

Pajeri Nanas Terung Pipit


Pajeri Nanas Terung Pipit shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
13 Feb 2020 0 comments

Mee Kuah Daging

Mee Kuah Daging -

Mee Kuah Daging
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
1 paket mee kuning
200 gm daging, hiris nipis
1 liter air
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 ikat sawi, celur
1 cawan taugeh, celur
4 biji telur rebus
1 paket fish ball
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil lada sulah
2 sudu besar bawang goreng
1 tangkai daun sup, potong
1 biji tomato, belah 6

Penyediaan :
  1. Rebus daging dengan air hingga empuk.  Simpan air rebusannya.
  2. Tumbuk bawang merah dan putih.
  3. Panaskan minyak dan tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis lagi.
  5. Masukkan daging bersama air rebusannya.
  6. Apabila mendidih, masukkan sos cili dan sos tomato.
  7. Tambah air jika perlu dan perasakan dengan gula, garam dan lada sulah.
  8. Akhir sekali masukkan buah tomato.
  9. Masukkan mee ke dalam mangkuk, letak sawi dan taugeh celur.
  10. Tabur bawang goreng dan daun sup.
  11. Tuang kuah dan hidang bersama telur rebus.

Mee Kuah Daging




Mee Kuah Daging shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;