22 Feb 2020 0 comments

Tauhu Kukus Telur Masin

Tauhu Kukus Telur Masin -

Tauhu Kukus Telur Masin
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 paket tofu telur
2 keping tauhu
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur ayam
4 kuning telur masin
1 putih telur masin
100 gm isi udang / ayam (terpulang citarasa)
1 batang daun bawang / daun kuchai - hiris
1 tangkai cili merah - cincang
2 ulas bawang merah - cincang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih

Loyang - di gris dan alas daun pisang / plastik tahan panas

Bahan Sampingan
1/2 cawan taugeh, celur
1/2 cawan parutan carrot
1/2 cawan sengkuang
1/2 cawan timun hiris
Sos Cili atau sos kicap

Penyediaan :
  1. Kisar tofu, tauhu, isi udang, tepung gandum, putih telur dan telur ayam hingga halus.
  2. Gaulkan dengan hirisan cili, bawang dan daun bawang.
  3. Perasakan dengan garam, serbuk pati ayam dan lada putih.  Gaul rata.
  4. Tuang ke dalam loyang, ratakan dan tekan kuning telur ke dalamnya.
  5. Tutup loyang dengan aluminium foil, kukus 25 minit.
  6. Setelah sejuk, potong dan hidang dengan bahan sampingan dan sos cili atau kicap.

Nota :  Tauhu kukus boleh juga di goreng.
Celup ke dalam telur yang di kocok dan goreng hingga keperangan.

Tauhu Kukus Telur Masin


Tauhu Kukus Telur Masin shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
21 Feb 2020 0 comments

Talam Ubikayu Berlauk

Talam Ubikayu Berlauk -

Talam Ubikayu Berlauk
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Adunan Ubi
800gm parutan ubi kayu
100gm kelapa parut muda
1 sudu besar tepung ubi
300 ml air
1/2 sudu teh garam

Topping
100 gm udang segar
50 gm udang kering, rendam dan cincang
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
1 tangkai daun sup, hiris
1 tangkai daun bawang, hiris
1 tangkai cili merah, cincang
3 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar minyak

Loyang 8 x 8 - alas daun pisang atau plastik tahan panas

Penyediaan :
  1. Satukan semua bahan adunan ubi.  Gaul rata,  ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis udang kering dan cili hingga naik bau.
  3. Masukkan udang segar, masak hingga udang kemerahan.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Tutup api dan gaulkan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  6. Ketepikan 3 sudu besar topping dan gaulkan ke dalam adunan ubi.
  7. Tuang ke dalam loyang dan ratakan.
  8. Tutup loyang dengan  alumium foil dan kukus selama 30 minit.
  9. Setelah sejuk, keluarkan dari loyang dan tabur baki topping.
  10. Potong menggunakan pisau plastik
  11. Hidang dengan sos cili.


Talam Ubikayu Berlauk


Talam Ubikayu Berlauk shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;