Potato Smiley
By Kak Wan
Bahan-bahan
3 biji ubi kentang Russet
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar serbuk roti
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
Potato Seaweed
Tambahkan 6 keping seaweed yang di kisar ke dalam adunan.
Cara-cara :
- Kupas kulit kentang dan rebus hingga empuk.
- Lenyek kentang hingga halus ketika masih panas.
- Tambah garam dan serbuk lada putih.
- Masukkan tepung, tepung jagung dan serbuk roti.
- Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
- Ambil sedikit adunan, leperkan dengan spatula plastik.
- Terap bulat, guna straw untuk membuat mata.
- Guna hujung sudu makan untuk membuat mulut.
- Goreng dalam minyak dengan api kecil hingga keemasan.
Nota :
Guna api kecil ketika menggoreng supaya tidak mengelembung.
Celup cutter dalam tepung setiap kali menerap supaya tidak melekat.
Leperkan adunan dengan spatula plastik 1 cm tebal sebelum di terap.
Jangan canai dan terap sekaligus kerana merosakan bentuknya.
Potato Smiley
Potato Smiley shared from kakwan
Republish by The CC Resepi