Sup Ayam Thai / Tom Kha Gai
By Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan
200 gm isi dada ayam, potong kiub
50 gm cendawan butang, hiris
500 ml air
100 ml susu cair
2 batang serai, ketuk
6 helai daun limau purut
1 inci lengkuas, hiris
6 tangkai cili api (diketuk)
1 biji tomato, belah 6
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar jus limau nipis
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Sedikit daun ketumbar (dipotong kasar)
Cara-cara :
- Masukkan air, serai, lengkuas, cili, dan daun limau purut ke dalam periuk dan didihkan.
- Setelah mendidih, masukkan cendawan dan isi ayam.
- Masak dengan api sederhana sehingga ayam masak.
- Tambahkan susu cair, jus limau dan sos ikan.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Taburkan daun ketumbar sebelum di hidang.
Sup Ayam Thai / Tom Kha Gai
Sup Ayam Thai / Tom Kha Gai shared from kakwan
Republish by The CC Resepi