30 Mar 2022 0 comments

Mee Bandung Special Aroma Kari

Mee Bandung Special Aroma Kari -

Mee Bandung Special Aroma Kari
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN PES
1 biji keledek oren, rebus dan haluskan
3 sudu besar udang kering direndam air panas)
10 tangkai cili kering direndam air panas
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk perasa 
1/2 cawan minyak utk menumis

PENYEDIAAN PES HOMEMADE
  1. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih. 
  2. Panaskan minyak dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan rempah kari, gula, garam dan serbuk perasa. 
  4. Masak hingga naik minyak. 
  5. Masukkan keledek dan kacau hingga pekat.
  6. Sejukkan dahulu.

BAHAN MEE BANDUNG (hidangan 4 orang)
1 kg mee kuning
1 paket Steamboat 5 in 1, potong
8 ekor udang
2 senduk Pes Bandung Homemade
4 cawan air rebusan udang
2 sudu besar minyak

PELENGKAP
Sayur sawi, celur
4 biji telur

PENYEDIAAN :
  1. Celur udang sebentar, toskan dan simpan air rebusannya.
  2. Panaskan minyak, masukkan pes bandung dan kacau. 
  3. Masukkan air rebusan udang, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan EB Steamboat 5 in 1.  Reneh sebentar.
  5. Pecah kan telur ke dalam cawan dan tuang ke dalam kuah. 
  6. Biarkan sebentar sehingga telur hampir masak.
  7. Masukkn mee kuning. udang dan sawi. 
  8. Perasa kan dengan gula dan garam sesuai rasa.
  9. Jika kurang pekat boleh tambah pes.

Mee Bandung Special Aroma Kari




Mee Bandung Special Aroma Kari shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
28 Mar 2022 0 comments

Ikan Stim Tociau

Ikan Stim Tociau -

Ikan Stim Tociau
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ekor Bawal Emas
Potong ikan 2 cm tebal, jangan putus

PES HUMAN TOCIAU
4 sudu besar cili merah cincang
2 sudu besar bawang putih cincang
1 sudu besar halia cincang
1 sudu besar gula
2 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu besar Sinchuan Cili Bean
4 tangkai cili padi - jika suka pedas

Bahan Minyak Wangi

1 helai daun bay
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang, hiris
1 bawang besar, hiris
1/4 cawan minyak

Penyediaan :
  1. Panaskan , tumis bay leaf, bunga lawang, bawang hiris dan kayu manis.
  2. Apabila naik bau, keluarkan bahan2 tumis, tinggalkan minyak sahaja
  3. Masukkan bahan PES TOCIAU dan tumis hingga naik bau
  4. Panaskan pengukus, selitkan potongan carrot dan halia pada ikan.
  5. Letak Pes  Tociau dan kukus sebentar selama 6-7 minit.
  6. Hias cili hiris.

Ikan Stim Tociau


Ikan Stim Tociau shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;