25 Jan 2017 0 comments

Strawberry Cheesecake

Strawberry Cheesecake -

Strawberry Cheesecake

Dasar Biskut
150gm biskut digestive / Oreo - dihancurkan
70gm mentega cair

Gaul serbuk biskut dan mentega cair hingga rata, kemudian ratakan dan tekan padat ke dasar loyang. Simpan selama 20 minit di dalam peti sejuk.

Puri Strawberry 
200gm strawberry - potong
50gm gula pasir
Sedikit air

Satukan semua ke dalam periuk dan masak hingga strawberry lembut.  Biarkan sejuk, kisar tetapi tidak terlalu halus.

Adunan Keju
250gm cream cheese - suhu bilik
60gm gula kaster
150ml UHT whipping cream
1 1/2 sudu besar gelatin halal
50ml air

Loyang 7" Loose Base Tin

Cara-cara :
 Pukul whipping cream hingga pekat.  Ketepikan.
 Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin dan biar sehingga gelatin kembang.  Cairkan di dalam microwave beberapa saat atau secara double boil.  Ketepikan.
Pukul cream cheese dan gula hingga rata dan tidak berketul.  Masukkan puri strawberry, putar hingga bergaul rata.
Masukkan gelatin cair dan akhir sekali masukkan whipping cream, kaup balik hingga sebati.
Tuang ke atas dasar biskut, simpan sebentar lebih kurang 20 minit di dalam peti sejuk hingga permukaannya set.
Keluarkan dari peti sejuk dan tuang lapisan atas.  Simpan dalam peti sejuk sehingga beku.

Lapisan Atas
100gm strawberry segar
1 sudu besar gula
1 sudu besar gelatin
3 sudu besar air

Penyediaan :
Tabur gelatin di dalam bekas berisi air.   Larutkan secara double boiler.
Masak strawberry bersama air dan gula hingga lembut.
Masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus.  Tapis.
Tuang larutan gelatin dan gaul rata.
Biarkan suam sedikit sebelum di tuang ke atas lapisan cheesecake.
Hias dengan hirisan strawberry.

Untuk memotong cheesecake, panaskan pisau di atas api dan potong.

Strawberry Cheesecake


Strawberry Cheesecake shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
17 Jan 2017 0 comments

Kek Puding Caramel Chocolate Cheese

Kek Puding Caramel Chocolate Cheese -

Kek Puding Caramel Chocolate Cheese

Karamel
5 sudu besar gula pasir, jadikan karamel, tuang ke dalam loyang, ketepikan.

Bahan Kek Chocolate
250gm chocolate sponge mix
4 biji telur A
60ml air
60ml minyak sayur
1 sudu besar coklat emulco

Loyang :  Bundt Pan 10in, oles sedikit minyak

Penyediaan :
Satukan sponge mix, telur dan air, whisk hingga rata.  Putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu, perlahankan mixer, masukkan coklat emulco.  Putar hingga bergaul rata.
Akhir sekali masukkan minyak sayur dan putar sebati.
Tuang dan ratakan ke dalam loyang berisi karamel.  Ketepikan.

Nota :  Kek boleh menggunakan sebarang resipi dari kek sponge.

Bahan Puding Cheese
250gm cream cheese, lembutkan dahulu
1 tin susu pekat manis
1 tin susu sejat
5 biji telur A
1 sudu teh esen vanila

Penyediaan :
  1. Dalam mangkuk, putar cream cheese hingga licin.  Masukkan susu pekat manis, putar sebati.
  2. Masukkan telur satu demi satu dan putar hingga rata.
  3. Masukkan esen vanila dan akhir sekali susu sejat.  Putar sebentar hingga rata.
  4. Masukkan ke dalam jug kecil, menggunakan belakang sudu, tuang perlahan-perlahan adunan puding ke atas adunan kek, tuang sama rata di semua bahagian.  Adunan puding akan turun ke bawah.
  5. Panaskan oven pada suhu 160C.  Masukkan air panas ke dalam loyang yang lebih besar.
  6. Letak loyang berisi kek dan bakar secara double boil di rak bawah dengan api bawah sahaja selama 40 minit.
  7. Kemudian tukar api atas dan bawah dan bakar selama 15 minit lagi.  Cucuk bahagian kek, jika penyucuk keluar licin, kek telah masak.
  8. Simpan kek di dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih sehingga puding set.
  9. Untuk mengeluarkan kek dari loyang, rendam sebentar loyang di dalam air panas, kemudian terbalikkan perlahan-lahan ke atas pingan.
    Kek Puding Caramel Chocolate Cheese


Kek Puding Caramel Chocolate Cheese shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;