17 Nov 2017 0 comments

Telur Bistik

Telur Bistik - Hye Assalamualaikum. Jumpa lagi kita dalam dalam blog resipi memasak ni. Kepada yang baru nak follow blog ini, selamat datang diucapkan. Kepada yang senior senior tu tak perlu selamat datang la kan. Tapi terima kasih kerana still menyokong blog ni dan tak pernah jemu mengikuti perkembangan resipi resipi yang ada dalam blog ni. Dalam perjalanan balik dari kerja tadi dapat idea untuk tulis resipi.

Telur Bistik shared from Alyaa
Republish by The CC Resepi
0 comments

Bingka Tapai Ubikayu / Proll Tape

Bingka Tapai Ubikayu / Proll Tape -

Bingka Tapai Ubikayu / Proll Tape

Bahan-bahan
300 gm tapai ubikayu, buang uratnya
50 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
3 biji telur
75 gm tepung gandum
100 ml santan
75 ml mentega cair
Esen vanila

Kuning telur untuk olesan
Taburan :  Kismis / Prune / Parutan Keju

Loyang Kemboja (2 biji, oles minyak)

Penyediaan :
  1. Lenyek atau kisar tapai, gula dan garam hingga halus.
  2. Masukkan telur dan gaul rata.
  3. Tambah tepung, santan, esen vanila dan mentega cair.  Aduk hingga halus dan rata.
  4. Panaskan acuan kemboja di atas api dapur hingga minyak panas.
  5. Tutup api dan tuang adunan hingga penuh.
  6. Panaskan di atas api dapur dengan api kecil selama 5 minit.
  7. Tabur dengan kismis di tengahnya.
  8. Angkat dari dapur dan alihkan ke dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 180C.
  9. Bakar selama 25 minit,  angkat dan sapu kuning telur.
  10. Bakar semula selama 5 minit atau hingga masak.

Bingka Tapai Ubikayu / Proll Tape


Bingka Tapai Ubikayu / Proll Tape shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;