31 Oct 2018 0 comments

Lontong Lemak Cili Padi - Awang Brand

Lontong Lemak Cili Padi - Awang Brand -



Lontong Lemak Cili Padi - Awang Brand
By Kak Wan

Bahan-bahan Kuah 
1 paket Awang Brand Lemak Cili Padi
1 mangkuk kecil ikan bilis halus atau udang kering
1 mangkuk potongan kacang panjang
1 mangkuk tempe goreng
1 mangkuk tauhu goreng
1 mangkuk fucuk dan soon hoon yang di rendam
1/2 mangkuk potongan lobak merah
1/2 mangkuk potongan sengkuang
1 mangkuk hirisan daun kobis
1 mangkok potongan terung
4 cawan air
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Sampingan
Nasi impit
Sambal tumis udang
Telur rebus, dibelah dua

Cara membuatnya :
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan ikan bilis dan tumis sebentar.
Masukkan pes lemak cili padi, kacau rata.
Tambah air dan santan, kacau rata.
Masukkan lobak merah dan sengkuang. Biar mendidih.
Masuk tauhu, tempe dan fucuk.
Masak hingga semua lembut.
Masukkan kacang panjang dan kobis.
Akhir sekali masukkan terung.
Jika kurang kuah, boleh tambah sediki lagit air.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Bila mendidih matikan api dan hidangkan bersama nasi impit, telur rebus dan sambal tumis udang.


Sambal Tumis Udang 

Bahan-bahan
1 paket pes Awang Brand Sambal Tumis
1 mangkuk isi udang
1 biji bawang besar, potong bulat
1/4 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak, tumis pes sambal sebentar.
Masukkan isi udang, tumis hingga udang berubah warna.
Masukkan bawang dan santan.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masak hingga sambal hampir kering.
Sedia di hidang bersama lontong atau nasi.



Lontong Lemak Cili Padi - Awang Brand shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
24 Oct 2018 0 comments

Dorayaki

Dorayaki -

Dorayaki
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 biji telur A
4 sudu besar gula pasir (80 gm)
1 cawan tepung gandum (130 gm)
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh esen
1/4 cawan susu cair (50 ml)
2 sudu besar madu)

Inti :  Kacang Merah, Peanut Butter, Nutella  atau yang di sukai

Cara-cara :
Whisk telur dan gula hingga kembang dan berbuih.
Masukkan tepung, baking soda dan esen vanila, gaul rata.
Masukkan susu cair dan madu, aduk hingga sebati.
Tutup dan rehatkan selama 10 minit.
Adunan tidak terlalu pekat atau cair, bila di tuang alirannya tidak putus.

Panaskan non stick pan, leser sedikit marjerin dan bersihkan dengan tissu dapur.
Selepas itu tidak perlu di oles marjerin lagi.
Tuang 1 sendok adunan, masak dengan api paling kecil.

Tutup pan dan biarkan sehingga permukaan adunan berlubang dan tepinya keperangan.
Terbalikan sehingga bahagian bawah masak
Angkat dan isikan inti dan tangkupkan.

Nota :  Selepas di angkat, tutup kepingan dorayaki supaya sentiasa lembut dan tidak kering.

Dorayaki


Dorayaki shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;