27 Nov 2018 0 comments

Teh Lemon Halia Madu

Teh Lemon Halia Madu -

Teh Lemon Halia Madu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 uncang teh
2 cawan air
3 hiris halia
Perahan jus lemon
Madu secukupnya

Cara :
Rebus uncang teh dan halia hingga mendidih.
Tapis ke dalam jug, masukkan madu dan perahan jus lemon sesuai selera.
Boleh di nikmati panas atau dingin

Teh Lemon Halia Madu


Teh Lemon Halia Madu shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
16 Nov 2018 0 comments

Bubur Pulut Hitam Jagung

Bubur Pulut Hitam Jagung -

Bubur Pulut Hitam Jagung
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan :
1 cawan pulut hitam, rendam 2 jam atau lebih
1/2 cawan jagung manis dalam tin atau jagung segar (direbus)
5 cawan air, untuk merebus pulut
1 1/2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
2 helai daun pandan, disimpul
1/4 cawan gula pasir
1/2 ketul gula melaka
Secubit garam

Sos Santan :
1 1/2 cawan santan pekat atau santan kotak
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu besar tepung jagung, larutkan dengan sedikit air

Cara Penyediaan :

  1. Toskan, kemudian rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut.
  2. Pulut akan kembang dan pecah apabila masak.  
  3. Reneh hingga airnya tinggal sedikit.
  4. Masukkan jagung, santan cair, garam, gula dan gula melaka.
  5. Masak sehingga mendidih dan gula larut.
  6. Kemudian masukkan santan pekat.  Kacau rata.
  7. Sesuaikan kemanisan sesuai selera.
  8. Masukkan bubur di dalam mangkuk dan tuang sos santan.


Cara Sos Santan :
Masak santan di atas api yang kecil sehingga mendidih.
Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
Tuang bancuhan tepung jagung dan kacau hingga kuah hampir pekat.
Masukkan garam secukup rasa.

Bubur Pulut Hitam Jagung



Bubur Pulut Hitam Jagung shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;