13 Jan 2018

Kek Chocolate Pisang Moist

Kek Chocolate Pisang Moist -

Kek Chocolate Pisang Moist

Bahan-bahan
1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan gula kaster
1 biji telur A
2 sudu kecil esen vanilla
4 biji pisang berangan, lecek halus
1/4 cawan cream masam (sour cream) atau yogurt
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking soda
1 cawan milk chocolate chips

Loyang 9x5x3, gris mentega

Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C.
  2. Putar mentega, gula dan gula perang hingga berkrim dan sebati.
  3. Masukkan telur, esen vanila, pisang dan yogurt.  Putar hingga rata.
  4. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking soda, kacau rata.
  5. Tuang ke dalam loyang dan tabur dengan chocolate chips, tekan sedikit di atas adunan.
  6. Bakar selama 35-45 minit sehingga masak.  Cucuk dengan lidi jika keluar bersih bolehlah di keluarkan dari oven.
  7. Kek akan menjadi lebih moist jika di simpan lebih 1 hari.


Kek Chocolate Pisang Moist


Kek Chocolate Pisang Moist shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;