29 Apr 2018

Pulut Durian Bunga Telang

Pulut Durian Bunga Telang -
Pulut Durian Bunga Telang

Bahan-bahan
250gm pulut
250ml air
20 kuntum bunga telang
1 keping asam gelugor
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan - simpul

Sos Durian
300ml santan KARA
300ml air
3 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
3 sudu kecil tepung jagung
2 ulas isi durian

Isi Durian

Cara-cara :
  1. Rebus bunga telang dan air hingga mendidih,  Sejukkan dan tapis.
  2. Cuci beras pulut dan toskan,  Rendam bersama asam gelugor dan jus bunga telang selama 20 minit.
  3. Kacau pulut hingga bergaul rata.  Keluarkan asam gelugor,
  4. Kemudian masukkan ke dalam loyang bersama jus bunga telang tadi, garam dan daun pandan.
  5. Kukus selama 20 minit.
  6. Angkat dan gaulkan pulut dengan garpu dan kukus lagi selama 5 minit,
  7. Satukan semua bahan sos durian di dalam pengisar dan kisar hingga halus,
  8. Tapis ke dalam periuk dan masak di atas api kecil hingga hampir pekat.
  9. Hidangkan bersama durian dan pulut.
*** Pulut boleh di tanak dalam periuk electrik seperti nasi dengan nisbah air dan pulut 1:1

Pulut Durian Bunga Telang


Pulut Durian Bunga Telang shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;