22 Jul 2020

Serimuka Keledek Ungu

Serimuka Keledek Ungu -

Serimuka Keledek Ungu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Lapisan Bawah
300 gm beras pulut
150 ml jus pandan (kisar 8 helai daun pandan)
150 ml santan kotak
1 sudu kecil garam

Bahan Lapisan Atas
200 gm keledek ungu, rebus dan haluskan
200 ml santan kotak
200 ml air
110 gm gula
60 gm tepung gandum
20 gm tepung beras
20 gm tepung jagung
1 biji telur

Loyang : 7 x 7 in atau 8in x 8in
Oles minyak, Alas plastik tahan panas

Penyediaan : Lapisan Bawah
  1. Rendam beras pulut selama 4 jam atau lebih.
  2. Tos dan gaul dengan jus pandan, santan dan garam.
  3. Masuk ke dalam loyang, kukus selama 30 minit.
  4. Angkat, gembur dengan garpu dan tekan padat ke dasar loyang.

Penyediaan :  Lapisan Atas
  1. Satukan semua bahan lapisan atas dalam pengisar.
  2. Kisar hingga halus.  Tapis ke dalam kuali.
  3. Masak hingga naik wap.
  4. Apabila bahagian bawah sedikit berketul, whisk hingga licin.
  5. Tuang ke atas lapisan bawah.
  6. Tutup loyang dengan aluminim foil.
  7. Kukus selama 30 minit.
  8. Biar kan kuih betul2 sejuk sebelum di potong.
Serimuka Keledek Ungu


Serimuka Keledek Ungu shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;