20 Nov 2014 0 comments

Chiken chop Home made

Chiken chop Home made -

Bahan-Bahan:


  • 1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus

  • 4 sb (rata) tepung gandum

  • 1 kiub ayam

  • 2 sb sos tiram

  • 2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)

  • 4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)

  • 2 sb lada hitam ditumbuk kasar

  • 3 cawan air (atau lebih) - Rosaliza guna air rebusan saderi + bawang besar + tulang ayam

  • 2 sb mentega




Cara-Cara:



Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayamMasukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.




Chiken chop Home made shared from shaed

Republish by The CC Resepi
19 Nov 2014 0 comments

Goreng pasta campur zucchini dan tomato ceri

Goreng pasta campur zucchini dan tomato ceri -
Alhamdulillah secukup rasa untuk kami sekeluarga nikmati..






BAHAN-BAHAN :



500 grm pasta spirral

2 biji bawang merah - diracik kecil

3 ulas bawang putih - di ketuk dan racik kecil

200 grm zucchini

25 biji tomato ceri madu

1 peket meatloaf ayam

1 peket sosej

2 sudu besar minyak zaitun

1 sudu besar butter

serbuk lada hitam

Garam secukup rasa

Keju parmesan - ditabur atas pasta bila nak makan



CARA MEMASAK :



Kupas semua bawang dan di racik kecil . Rebus pasta sampai empuk dan ditos kemudian ketepikan , semasa air rebusan sudah panas di letak 1 sudu kecil garam . Potong memanjang sayur zucchini dan potong 2 semua buah tomato .





Panaskan minyak zaitun dengan butter dan tumis semua bawang , kacau sampai terbit bau wangi dan bawang jadi layu keperangan . Masukkan meatloaf ayam yang sudah dipotong kecil dengan sosej yang dipotong kecil dan kacau sehingga semua bahan masak . Masukkan semua sayur zucchini dan kacau dalam 3 minit dan masukkan pula buah tomato , kacau semua bahan sampai buah tomato layu .



Masukkan semua pasta dan serbuk lada hitam serta garam secukup rasa . Kacau semua bahan dan bila pasta dah masak boleh la ditutup api .





Sayur zucchini






Tomato cherry






Meatloaf ayam .







Goreng pasta campur zucchini dan tomato ceri shared from Nennie

Republish by The CC Resepi
 
;