2 Jan 2015 0 comments

Sarapan pagi - goreng pasta fusilli herba thyme dan basil

Sarapan pagi - goreng pasta fusilli herba thyme dan basil -
Alhamdulillah ^_^






BAHAN-BAHAN :



500 grm pasta spirral

1 biji bawang besar - diracik kecil

3 ulas bawang putih - di ketuk dan racik kecil

200 grm zucchini

25 biji tomato ceri madu

sayur brokoli - secukupnya

1 peket sosej

secekak daun herba sweet basil

3 sudu besar minyak zaitun

1 sudu besar butter

serbuk lada hitam

Garam secukup rasa

Keju parmesan - ditabur atas pasta bila nak makan



CARA MEMASAK :



Kupas semua bawang dan di racik kecil . Rebus pasta sampai empuk dan ditos kemudian ketepikan , semasa air rebusan sudah panas di letak 1 sudu kecil garam . Sayur zucchini dipotong memanjang dan semua buah tomato dipotong dua . Sayur brokoli di potong kecil .






Panaskan minyak zaitun dengan butter dan tumis semua bawang , kacau sampai terbit bau wangi dan bawang jadi layu keperangan . Masukkan sosej yang dipotong kecil dan kacau sehingga semua bahan masak . Masukkan semua brokoli dan kacau dalam 3 minit dan masukkan pula sayur zuchini dan buah tomato , kacau semua bahan sampai buah tomato layu .







Masukkan semua pasta bersama daun herba sweet basil yangs udah diracik kecil , serbuk lada hitam serta garam secukup rasa . Masa tengah kacau pasta tu curah satu sudu besar minyak zaitun atas pasta dalam kuali tu dan kacau semua bahan dan bila pasta dah masak boleh la ditutup api .




Ini la rupa daun herba sweet basil , saya tanam dalam pasu di rumah so senang bila nak guna boleh petik saja .









Sarapan pagi - goreng pasta fusilli herba thyme dan basil shared from Nennie

Republish by The CC Resepi
22 Dec 2014 0 comments

RESEPI KUAH YONG TAU FOO

RESEPI KUAH YONG TAU FOO -



KUAH HITAM

● 2 sd mkn taucu

● 2 sd mkn tpg jgung

● 2 sd mkn tpg gndum

● 3 sd mkn kicap pkat

● 3 sd mkn sos tiram

● 4-5 sd mkn gula

● 3 cwn air




Caranya : Masukan semua bahan dalam blender, kisar bagi halus dan masak bagi mendidih sekejap..






KUAH MERAH

● 1/2 cwn kcng tanah yg dh d goreng

● 1 sd mkn tpg gndum

● 1 sd mkn tpg jgung

● 4- 5 sd mkn gula

● 3 cwn air

● 1/4 sd mkn garam



Kisar semua bahan sampai halus..

● 3 sd mkn cili kisar



Cara-caranya :

Panaskan sikit minyak, tumis 2 biji bawang putih ketuk, letak 3 sd mkn cili kisar dan tunggu sampai kering. Masukan semua bhn dalam blender tadi. Masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam 5 minit.

Setelah siap bolehlah dimakan dengan pelbagai bebola dan sosej.





RESEPI KUAH YONG TAU FOO shared from shaed

Republish by The CC Resepi
 
;