Alhamdulillah
BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan pari
3 batang serai - dititik
200ml cili kisar
1 sudu besar biji halba
1 sudu besar belacan
200ml cili kisar
1 sudu besar biji halba
1 sudu besar belacan
2 bunga kantan - dibelah dua
10 biji kacang bendi - dipotong 2
10 biji kacang bendi - dipotong 2
Asam jawa secukup rasa atau asam keping
Segenggam daun kesum/ 1 ikat
750ml air - secukupnya
750ml air - secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN DI KISAR :
60 gm bawang merah
3 ulas bawang putih
30 gm lengkuas
30 gm halia
*Jika suka lebih kuah masukkan lebih air dan kalau nak lagi pedas tambah la cili lagi.
CARA MEMASAK:
Potong ikan pari dan dibasuh kemudian ikan pari dilumur dengan air asam jawa dan dibiar seketika dalam 5-10 minit . Ikan pari dibersihkan dah ditos kemudian ketepikan .
Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumiskan halba dalam 1 minit kemudian masukkan bahan kisar . Kacau semua bahan sampai terbit bau wangi . Masukkan cili kisar dan kacau semua bahan , biar sambal menjadi masak dan pecah minyak .
Kemudian masukkan serai dan kacau lagi.Seterusnya masukkan air secukupnya , daun kesum dan bunga kantan . Kacau semua bahan dan biarkan kuah hampir mendidih.Masukkan semua ikan pari , garam dan gula secukupnya . Jika kurang kuah boleh ditambah air sehingga menutup ikan dalam periuk . Kemudian kacau supaya semua bahan menjadi mesra . Rasa kuah dan boleh dimasukkan sedikit demi sedikit air asam jawa sehingga cukup mengikut citarasa sendiri . Masukkan semua kacang bendi yang di potong 2 .Biar kuah mendidih sehingga ikan masak boleh la di matikan api dapur .Tutup periuk dengan penutup nanti bendi akan terus masak di dalam wap panas kuah.

Asam pedas ikan pari shared from Nennie
Republish by The CC Resepi