11 Dec 2015 0 comments

KERABU KOBIS

KERABU KOBIS - Kerabu Kobis Bahan-bahan: Bahan A 1 biji kobis manis [500 gram] 1 labu bawang besar 3 biji cili merah 2 biji cili hijau 1 pokok daun ketumbar 1 pokok daun bawang Bahan B 10 biji limau kasturi [diambil jus] 1 sudu besar minyak masak 1 sudu kecil gula garam secukup rasa Cara-cara: Semua bahan A dihiris halus dan basuh. Tapiskan sehingga kering. Masukkan ke dalam mangkuk besar.

KERABU KOBIS shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
10 Dec 2015 0 comments

Japanese Cotton Chesecake

Japanese Cotton Chesecake -

Japanese Cotton Chesecake
Sumber :  FB Resipi Ringkas

Bahan (A)
70 gm gula halus
6 biji putih telur A
1/4 sudu teh serbuk krim tartar

Bahan (B)
250 gm krim keju
50 gm mentega
6 biji kuning telur A
100 ml susu segar
1 sudu besar jus lemon @ 1/2 sudu teh pes lemon
70 gm gula halus

Bahan (C)
80 gm tepung superfine/kek

Cara Membuatnya:

  1. Krim keju dipotong kecil dan masukkan ke dalam periuk kecil bersama mentega, gula dan susu. Cairkan secara double-boiler dan kacau hingga adunan menjadi likat. Masukkan kuning telur dan jus lemon. Kacau sebati.
  2. Angkat dari api dan masukkan tepung. Pastikan adunan masih hangat.
  3. Pukul putih telur, gula dan krim tartar hingga gebu dan kental. Apabila dicolek dengan jari, adunan masih berekor. Jangan terlalu keras kerana ia akan kering.
  4. Alihkan adunan pes tepung ke dalam bekas lebih besar. Masukkan putih telur sedikit-sedikit dan gaul perlahan-lahan hingga sebati.
  5. Sediakan tin pembakar bulat berukuran 9 inci. Griskan dan lapik kertas serap minyak.
  6. Tuangkan adunan dan bakar secara water-bath.Sediakan dulang lebih besar dan masukkan air 1/3 penuh. Letakkan tin kek atasnya. Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 170 darjah celcius.
  7. Bakar selama 1- 11/2 jam hingga masak. Untuk menguji kek masak, cucuk dengan lidi. Jika masih melekit, bakar semula hingga masak.


Japanese Cotton Chesecake


Japanese Cotton Chesecake shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;