15 Dec 2015 0 comments

Chewy Fudgy Brownies

Chewy Fudgy Brownies -

Chewy Fudgy Brownies
Sumber :  Puan Tahrunnisah Jali FB

Bahan-bahan
250gm coklat masakan
120gm mentega
140gm tepung gandum
30gm serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur saiz A
230gm gula perang
1 sudu kecil esen vanila
secubit garam
Bancuhan :  1sudu kecil nescafe dan 2 sudu besar air panas

Loyang 10x10in di alas kertas minyak dan di gris mentega

Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C selama 10-15 minit.
  2. Cairkan coklat masakan secara double boiler.  Setelah cair, masukkkan mentega, kacau hingga keduanya larut.  Angkat dan ketepikan.
  3. Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder.  Ketepikan.
  4. Dalam bekas lain, pecahkan telur, masukkan gula perang, esen vanila dan bancuhan nescafe.  Pukul 2-3 minit menggunakan hand whisk hingga gula larut.  Masukkan coklat masakan cair dan kacau hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di kaup balik hingga sebati.
  6. Tuang ke dalam loyang, ratakan permukaan adunan.
  7. Bakar selama 35-40 minit (bergantung pada oven), api atas dan bawah hingga masak.  Cucuk dengan lidi jika keluar licin matikan oven dan biarkan brownies selama 10-15minit di dalam oven sebelum di keluarkan.
    Chewy Fudgy Brownies


Chewy Fudgy Brownies shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
14 Dec 2015 0 comments

Muffin Apple Crumble / Apple Crumble Muffins

Muffin Apple Crumble / Apple Crumble Muffins -

Muffin Apple Crumble / Apple Crumble Muffins

Bahan-bahan
225gm tepung naik sendiri
110gm gula kaster
125gm mentega - cairkan
2 biji telur A - kocok ringan
4 sudu besar susu segar

Filing Apple
3 biji apple hijau granny smith - potong dadu
50gm gula kaster
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar parutan kulit lemon
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
2 sudu besar raisin - cincang
1 sudu kecil tepung jagung

Satukan semua bahan filing di dalam kuali non stick, masak hingga hampir kering.  Tabur tepung jagung dan gaul hingga filing pekat.  Sejukkan.

Toping Crumble
60gm mentega sejuk - potong dadu
120gm tepung gandum
60gm gula kaster
100gm kacang pecan atau walnut cincang kasar

Satukan semua bahan toping crumble, gaul menggunakan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.  Simpan di dalam peti sejuk sebelum di gunakan.

12 biji cawan kertas

Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 180C api atas bawah.  Masukkan cawan kertas ke dalam acuan muffin.
  2. Satukan tepung, gula kaster, mentega cair, telur dan susu segar.  Whisk hingga bergaul rata.
  3. Sudukan adunan 3/4 penuh ke dalam cawan kertas.  Masukkan filing apple, ratakan diikuti taburan toping crumble hingga penuh.
  4. Bakar selama 40 minit, cucuk dengan lidi, jika keluar dengan licin angkat dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan muffin.

Muffin Apple Crumble / Apple Crumble Muffins




Muffin Apple Crumble / Apple Crumble Muffins shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;