15 Dec 2015

Chewy Fudgy Brownies

Chewy Fudgy Brownies -

Chewy Fudgy Brownies
Sumber :  Puan Tahrunnisah Jali FB

Bahan-bahan
250gm coklat masakan
120gm mentega
140gm tepung gandum
30gm serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur saiz A
230gm gula perang
1 sudu kecil esen vanila
secubit garam
Bancuhan :  1sudu kecil nescafe dan 2 sudu besar air panas

Loyang 10x10in di alas kertas minyak dan di gris mentega

Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C selama 10-15 minit.
  2. Cairkan coklat masakan secara double boiler.  Setelah cair, masukkkan mentega, kacau hingga keduanya larut.  Angkat dan ketepikan.
  3. Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder.  Ketepikan.
  4. Dalam bekas lain, pecahkan telur, masukkan gula perang, esen vanila dan bancuhan nescafe.  Pukul 2-3 minit menggunakan hand whisk hingga gula larut.  Masukkan coklat masakan cair dan kacau hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di kaup balik hingga sebati.
  6. Tuang ke dalam loyang, ratakan permukaan adunan.
  7. Bakar selama 35-40 minit (bergantung pada oven), api atas dan bawah hingga masak.  Cucuk dengan lidi jika keluar licin matikan oven dan biarkan brownies selama 10-15minit di dalam oven sebelum di keluarkan.
    Chewy Fudgy Brownies


Chewy Fudgy Brownies shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;