13 Dec 2015

Seafood Platter Ala Shell Out

Seafood Platter Ala Shell Out -

Seafood Platers Ala Shell Out

Bahan-bahan 
Sotong - potong atau kelar
Ketam
Kepah
Udang
Lobster
dan lain-lain makanan lauk yang di sukai
1 biji jagung - potong 4
1 batang carrot - potong 4

Bahan Kisar
30 tangkai cili kering - rebus dan kisar halus
1 labu bawang besar
1 in halia
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
Minyak untuk menumis

Bahan Tumis dan Perasa
5 ulas bawang putih - cincang halus
3 sudu besar pes cili Thai atau pes tomyam
3 sudu besar sos cili
Gula dan garam secukup rasa

Penyediaan
  1.  Didihkan air secukupnya bersama potongan jagung dan carrot.  Celur ketam, angkat dan toskan. Celur satu persatu setiap jenis seafood dan toskan airnya.
  2. Tumis bawang putih hingga garing, masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air, pes cili thai, sos cili, gula dan garam, masak hingga pecah minyak. Gaul bersama seafood yang di celur tadi bersama jagung dan carrot.  Perah lemon semasa menghidang. 
Seafood Platter Ala Shell Out


Seafood Platter Ala Shell Out shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;