2 Jun 2016 0 comments

Tart Nenas Keju

Tart Nenas Keju -

Tart Nenas Keju

Bahan-bahan
150gm mentega
50gm margerin
50gm gula kaster
2 biji kuning telur
320gm tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar susu tepung
50gm keju cheddar - parut halus

Sapuan - 2 biji kuning telur + sedikit air
Keju parut secukupnya letak dalam mangkuk

Inti Nenas atau boleh beli jem nenas ready made
1 biji nenas di parut halus
125gm gula pasir
5 biji bunga cengkeh

Masak nenas parut bersama gula, cengkih dengan api kecil.  Kacau hingga menggering tapi jangan sampai hangus.  Sejukkan dahulu, kemudian gentel bulat kecil sebelum di masukkan ke dalam doh.

Cara-cara :
  1. Pukul mentega, majerin, gula dan kuning telur hingga berkrim.  Masukkan tepung yang di ayak bersama parutan keju cheddar, uli hingga menjadi doh.  Rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk. 
  2. Ambil sedikit doh sebesar ibu jari (10gm) dan leperkan.  Masukkan inti nenas di tengahnya.  Bulatkan kembali.  Buat hingga habis.
  3. Celup bahagian atas doh dengan kuning telur, kemudian golek permukaan atas saja dengan keju parut.

Tart Nenas Keju


Tart Nenas Keju shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
27 May 2016 0 comments

Laman Tin Adam di Figger's Day

Laman Tin Adam di Figger's Day -
 Assalamualaikum, kami dari LAMAN TIN ADAM juga akan sertai karnival Figger's Day yg bermula besok .  sila lah singgah ke booth saya . Saya akan menjual beberapa variety anak pokok tin seperti Flanders, Black genoa, Red khutmani jumbo, Conadria, Bourjosette Noire, MdA, Super long jumbo , Jumbo dan beberapa variety lain . Selain tu saya ada tut dahan pokok tin , menjual teh daun tin dan makanan ( InsyaAllah) jom kita semua meriahkan Figger's Day 👍




Laman Tin Adam di Figger's Day shared from Nennie
Republish by The CC Resepi
 
;