Talam Ubikayu
Resepi Chef Asma
Sumber : Puan Tahrunnisah Jali
Bahan Lapisan Bawah
700 gm parutan ubi kayu
100 ml santan pekat
300 ml air
250 gm gula castor
1/2 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning
Loyang 10x10 - gris minyak dan alas plastik tahan panas
Penyediaan :
- Satukan kesemua bahan-bahan kedalam periuk dan kacau rata.
- Masak dengan api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga adunan hampir memekat tetapi masih dapat di tuang ke dalam loyang.
- Tuang ke dalam loyang, ratakan dan kukus selama 25 minit.
100 gm tepung beras
50 gm tepung ubi
50 gm tepung gandum
2 sudu kecil garam
300 ml santan pekat
800 ml air
Penyediaan :
- Satukan semua bahan, kacau rata. Tapis ke dalam periuk.
- Masak sehingga naik wap.
- Bila bancuhan sedikit berketul di bahagian bawah, tutup api dan kacau dengan whisk hingga licin.
- Tuang ke atas lapisan bawah. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
- Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum di potong menggunakan pisau plastik.
Talam Ubikayu
Talam Ubikayu shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi